assalammualaikum semua.... ^_^ lama x buka blog ..... maaflah saya bisy dengan study....
ahhh aary ni saya nak share la gan kamu semua pasal acara-acara yang dilakukan atau dilaksanakan di malaysia khasnya dalam setahun. Acara yang saya nak share ni merupakan salah satu acara yang popular dilaksanakan oleh pihak kementerian pelancongan dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke nagara kita khasnya bukan itu sahaja acara tersebut dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang yang dilaksanakan.
Nak tahu lebih lanjut... Mari baca di bawah ini:
ACARA FLORIA DIRAJA
Rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah
s.w.t yang maha esa segala kenikmatan dan keizinan yang diberikan kepada kami
sepanjang dan selepas kami menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya segala usaha
dan penat lelah kami menyiapkan tugasan ini tidak akan bermakna tanpa
keizinan-Nya. Kepada pensyarah yang kami iaitu En.Asri Arase dan En. Ahmad Mu’iz Bin
Mohd Hadi jutaan terima kasih kami ucapkan atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami sehingga kami dapat
menyempurnakan tugasan ini.
Selain itu juga, ribuan terima kasih di
tujukan kepada ibubapa kami yang tidak mengenal erti bosan memberikan sokongan
dan galakkan kepada kami. Walaubagaimanapun, tidak dilupakan kepada rakan-rakan
kami yang memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,
setinggi penghargaan kami ucapkan kepada individu-individu yang terlibat
memberi dorongan bimbingan secara langsung atau tidak langsung . Semoga jasa
baik anda dirahmati oleh Allah s.w.t .
PENGENALAN
|
Putrajaya
atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.
Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan
Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat
pentadbiran Kerajaan .Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.Dari
sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini
melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding
dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan
oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula
dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi
maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur,
Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi
Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk
mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan
sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki
tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya
menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat
dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya
yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931
hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan
keagamaan.Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di
Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran
sesebuah bandar
baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa
` Putrajaya
merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi
sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur
ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala
Lumpur. Walaubagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia,
menjadi tapak Raja dan Parliamen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan.
Putrajaya merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang
ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.
Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul
Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain
Cyberjaya yang baru dibangunkan. Dalam Sanskrit, "putra" bererti
"putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti
"kejayaan" atau "kemenangan". Pembangunan Putrajaya bermula
sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk
dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.
LATAR BELAKANG ACARA
Beliau berkata, festival pada kali ini yang bertemakan
‘Keajaiban Dunia Floria’ akan mempamerkan lebih 400,000 pokok bunga pelbagai
spesies, selain tiga tarikan baharu iaitu pameran The Magic of Bonsai &
Suiseki, Taman Muzika dan Terrarium Tropical Magic in the Glass.“Pada tahun
lalu, festival ini membawa kelainan dengan taman empat musim, namun kali ini
kita mengetengahkan tiga kelainan dan antara yang bakal menarik perhatian
pengunjung ialah Taman Muzika yang menggunakan teknologi terkini dari Eropah.
Menurut Hashim, buat julung kalinya festival bunga terbesar
di Malaysia itu turut menganjurkan Dialog Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya
pada 27 dan 28 Mei yang menghimpunkan pakar bidang hortikultur dengan
masing-masing berpeluang untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman.
“Festival ini mendapat sambutan hangat di peringkat
antarabangsa menerusi penyertaan pereka bunga dan arkitek landskap dari
pelbagai negara luar termasuk Australia, China dan Sepanyol yang mengambil
bahagian dalam pertandingan rekaan taman dan gubahan,”jelasnya Festival
tersebut akan dibuka kepada umum mulai 27 Mei hingga 4 Jun dari pukul 9 pagi
hingga 10.30 malam dengan tempoh masa bagi hari Jumaat sehingga Ahad
dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam
Harga tiket bagi memasuki Floria Diraja Putrajaya 2016
ditetapkan sebanyak RM7.50 bagi pemegang MyKad, RM22 (warga asing) manakala
kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas (RM3.50) (pemegang MyKad)
serta RM11 (warga asing). Tiket ke Taman Magika ditetapkan sebanyak RM10.50
untuk dewasa manakala RM5.50 bagi kanak-kanak, OKU dan warga emas.Sebanyak 120
lot komersial berkonsepkan Garden Bazaar dan lebih 200 gerai jualan makanan dan
minuman serta 150 gerai hasil kraf turut dibuka. Bagi memudahkan pengunjung,
kaunter tiket akan dibuka dua hari sebelum festival itu berlangsung iaitu dari
pukul 9 pagi hingga 7 malam dan boleh juga dibeli secara dalam talian bermula 1
Mac dengan melayari laman web
www.floriaputrajaya.com.my .
MAGICAL
GARDEN
Magical
Garden telah dicipta oleh nakhoda Finland bergerak kesan cahaya. pemasangan ini
di Střelecký Ostrov adalah berdasarkan kepada pencahayaan yang dinamik, warna
yang kuat dan tempo meditasi, yang bersama-sama membentuk suasana yang sengit
yang menembusi walaupun sudut yang paling jauh di Prague. suasana tenang yang
dicipta oleh iringan muzik digubah khas untuk majlis ini. Penduduk Prague dan
pengunjung akan ditawarkan pandangan yang luar biasa hebat daripada sebuah
pulau sebaliknya diselaputi bayang-bayang pokok, yang akan berubah selama empat
malam pada bulan Oktober ke dalam Taman Magical. Magic gaerden ini adalah
seperti berikut :
Kari
Kola adalah artis Finland, yang pakar dalam bekerja dengan cahaya dan bunyi.
pengeluaran beliau termasuk segala-galanya daripada unsur-unsur persembahan
tarian untuk pemasangan luar. Hasil kerja beliau menyesuaikan diri dengan
pelbagai lokasi, dan lampu-anaknya diterangi taman, gereja-gereja, dan
jambatan, walaupun lombong tertutup. Kari Kola telah mengambil bahagian dalam
beratus-ratus perayaan dan projek-projek seni kedua-dua di Finland dan di luar
negara. Malah, internasionalisme beliau adalah merupakan sebahagian daripada
kerjanya.
CHRYSANTHENUM
GARDE
ROYAL GARDEN
Setiap setahun Taman Royal dipilih dan
untuk Royal Floria Putrajaya 2016, negeri Johor dipilih sebagai taman diraja
rasmi. Secara keseluruhan, pameran bunga dan taman di Putrajaya juga dijangka
menyaksikan satu juta pelawat, berbanding 750,000 tahun lepas. Untuk bunga,
akan ada lebih 400,000 spesies bunga dan tumbuh-tumbuhan yang akan dipamerkan
di ruang pameran 11.7 hektar bagi tahun bunga ini dan pameran taman.Seperti
berikut :
Pada tahun 2016 Istana Besar Johor
telah dipilih menjadi tema. Nikmati replika hebat Istana Besar Johor yang
dikelilingi oleh taman bunga yang indah disamping persembahan kebudayaan negeri
Johor pasti menjadi salah satu tarikan yang tidak akan dilupakan.
INTERNATIONAL
FLORAL PAVILION
Taman
ini terletak diruang pameran bertutup yang berhawa dingin ini memang
menyegarkan. Lokasi persinggahan yang mampu menyejukkan anda seketika dari
bahang cuaca yang panas. Disini pelbagai dekorasi dan hiasan yang agak menarik
dan kreatif dipamerkan. Peserta dari luar negara juga menunjukkan kehebatan
mereka disini.
Cuma yang terasa ketara
adalah kekurangan jumlah penyertaan. Yang paling menyerlah dan menarik adalah
dekorasi hutan hijau yang dipenuhi binatang liar. Namun ruang laluan yang agak
sempit menyukarkan untuk mengambil gambar. Mujurlah tidak ramai orang ketika
itu.
MAGICAL
WORLD OF FLORIA
Taman
ini adalah satu pameran yang paling menarik untuk dilihat iaitu apabila para
pengunjung melangkah ke dunia Magical Garden yang penuh misteri dan fantasi.
Melalui teknogi canggih “magic-mirroring” dan 3D holographic para pengunjung
akan dipersembahkan dengan persembahan yang pasti memukau pandangan serta
mengagumkan.
Pameran
Dan Pertandingan Orkid
Bagi
peminat orkid, pastinya bahagian pameran ini tidak boleh dilepaskan. Pelbagai
jenis, bentuk, rupa dan warna orkid yang amat menarik serta unik dipamerkan
disini. Dari orkid hutan hinggalah ke orkid hibrid yang pastinya memukau perhatian
para pengunjung. Pada kebiasaannya taman ini lebih kepada pengunjung para
wanita kerana bunga jenis ini merupakan bunga yang sering menjadi perhiasan di
kawasan halaman rumah mahupun di sesebuah bangunan.
Kembara
Floria Putrajaya diteruskan dengan memasuki ruang pameran taman. Disini lokasi
tema utama Floria dipamerkan dimana 'Taman Bertema' menjadi santapan mata para
pengunjung ke Taman-taman seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman
Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala
Dunia menjadi taman tema pilihan.
FLORIA
ART & CRAFTS
Kraftangan
Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) akan bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya
(PPj) untuk menganjurkan Promosi ’Floria Arts & Crafts’ sempena Festival
Floria Putrajaya 2014 yang akan berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun ini
bertempat di Presint 4, Putrajaya bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Festival Floria Putrajaya merupakan program peringkat antarabangsa yang
dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah
Persekutuan.
Promosi
‘Floria Arts & Crafts’ ini akan melibatkan penyertaan seramai 98 orang
usahawan dari seluruh negara meliputi semua bidang kraf seperti tekstil, logam,
hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf. Promosi seumpama ini merupakan usaha
Kraftangan Malaysia mempromosi dan memperluaskan pasaran kraf di lokasi tempat
tumpuan pengunjung.
CATS PAVILION
Terdapat
bonus antara bunga. Pada akhir berhampiran gerai-gerai makanan, terdapat
pavilion kucing yang mempamerkan kucing dan haiwan peliharaan lain. Terdapat
pameran kucing tahun ini menampilkan baka shorthaired dan berbulu panjang
eksotik dan tabbies ternakan lain.
FLORIA
FLAVOURS
FLORIA
Flavours menjadi satu tarikan orang
ramai utama sebagai pusat yang menawarkan pelbagai pilihan makanan di bawah
satu bumbung. Walaupun FLORIA Flavors boleh menampung 36 gerai terletak di
lokasi yang lebih sesuai, tarikan ini juga dijangka menampilkan 20 trak makanan
yang menyajikan pelbagai makanan lazat dan minuman rasa untuk pelawat serta
harga yang berpatutan pada setiap hidangan.
DESIGNER
GARDEN
Para
pengunjung juga boleh mengambil
inspirasi dan pengetahuan daripada lawatan kerana para pengunjung boleh belajar
mengenai trend reka bentuk taman dan teknologi terkini melalui demonstrasi dan
bengkel.
PHOTOGRAPY
COMPETITION
Kepada para pengunjung yan
mengunjung acara ini akan dapat
mengambil gambar.-gambar Snap. Tangkap pemandangan yang indah dan kenangan yang
menyenangkan.The Royal FLORIA Putrajaya pertandingan fotografi bertujuan
merangsang pelawat untuk melihat, sedar dan menghargai flora Malaysia yang
indah dan fauna. Ia adalah cara untuk membantu mewujudkan masyarakat yang
prihatin dan penyayang.. Sertai dalam meraikan
keindahan alam semula jadi di tengah-tengah taman sekitarnya
LATAR BELAKANG SYARIKAT / PENGANJUR
Bagi
acara Floria Diraja Putrajaya ini telah dilakukan atas kerjasama beberapa badan
yang bertanggunjawab untuk menngadakan acara di Putrajaya ini antaranya ialah
Perbadanan Putrajaya yang utama sekali. Badan ini merupakan kerjaan tempatan
yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya dimana ianya diketuai oleh
Presiden Datuk Seri Hasim bin Ismail.
Terdapat beberapa fungsi
Perbadanan Putrajaya adalah :
- Menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di
dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
- Menjalankan segala aktiviti, khususnya
aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil yang perjalanannya didapati oleh
Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan
pelaksanaan fungsi-fungsinya
- Mengawalselia, menyelaras dan mengusahakan
pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan
Perbadanan Putrajaya
- Mengawal dan menyelia perlaksanaan aktiviti di
kawasan Perbadanan Putrajaya
- Bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan
- Pentadbir tanah Kawasan Perbadanan Putrajaya
STATISTIK PENUNJUNG
|
Dengan adanya statistik ini juga, ia dapat
memberikan satu pandangan yang boleh diperolehi dari segi positif ataupun
negatif dimana ia boleh menentukan acara tersebut mempunyai potensi atau tidak
untuk dilaksanakan. Statistik Floria Diraja Putrajaya ini telah mendapat
penyertaan peserta antarabangsa melebihi 50 orang dimana ia terdiri daripada
pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada,
China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New
Zealand. Dan buat pertama kalinya juga pada tahun 2015, Taman Musim Bunga dan
Taman Musim Sejuk telah dipamerkan di negara ini, sekali gus memberi simulasi
taman Eropah pada musim sejuk beserta salji.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya ialah
Floria Diraja Putrajaya ini sangat sesuai dilaksanakan khasnya kepada pelancong
tempatan mengenai kesedaran bahawa flora yang indah di Malaysia ini perlu
dijaga dengan baik dan tidak sesekali dirosakkan oleh musuh utama flora iaitu
manusia.Hal ini kerana dengan adanya acara seperti ini dapat meningkatkan
kedatangan pelancong antarabangsa seperti yang telah diperolehi melalu
statistik bahawa lebih daripada 50 orang pengunjung antarabangsa untuk
mengambil alih dalam acara tersebut. Selain itu , dengan adanya acara seperti
in ia dapat menggalakkan pembangunan pelancongan domestik di sesuatu kawasan
berdekatan dengan acara yang diadakan dimana ia dapat mempromosikan pelancongan
domestik akan lebih menumpukan kepada usaha memupuk budaya merancang percutian
atau aktiviti .
Selain daripada itu juga,
acara yang diadakan seperti Floria Diraja Putrajaya ini dapat meningkatkan
pendapatan negara melalui pertukaran mata wang yang dilakukan oleh pengunjung
antarabangsa serta ianya juga dapat
memendedahkan kepada pengunjung tentang kebaikkan dan kepentingan flora di
Malaysia ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pelabur akan membuat
pelaburan di Malaysia ini melalui acara yang diadakan in selain daripada sektor
pelancongan yang utama iaitu sektor penginapan,sektor pengangkutan, sektor
makanan dan minuman.
Itu sahaja dari saya semoga bermanfaat kepada kamu semua dan boleh dijadikan sebagai rujukan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment