Indah berbalam si awan petang,
Berarak megah di Tanjung Bidara,
Pemanis kalam Selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada anda ^_^
Sihat??? Alhamdulillah.. ^_^ Malaysia adalah salah satu negara yang menjadi contoh kepada negara lain.Hal ini kerana Malaysia boleh hidup aman harmoni dengan mempunyai pelbagai suku kaumnya. Ok!! baiklah hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai kaum Banjar di Malaysia. Mari kita ketahuinya….sebelum saya menyentuh lebih lanjut mengenai kaum banjar ini pertama sekali anda perlu mengetahui pengenalannya terlebih dahulu seperti berikut:
PENGENALAN
Tahukah anda apa keunikkan Malaysia Ini ….
Hmm…. keunikkan Malaysia ini seperti yang telah saya katakan sebentar tadi bahawa ia terdiri daripada berbilang kaum dan entik dari pelbagai sosio budayanya. Hal ini boleh kita lihat dari segi sejarah ,adat resam, pantang larang,kepercayaan dan kebudayaan. Akan tetapi bila kita lihat secara umumnya kebanyakkannya penduduk Malaysia ini terdiri dari bangsa seperti Melayu,India,Cina,Kadazan,Bajau,Iban dan pelbagai lagi entik kecil yang lain.Meskipun corak kehidupan kaum di Malaysia ini berbeza, masyarakatnya dapat hidup dengan saling bantu membantu dan hormat menghormati.
Mari kita fokuskan kepada masyarakat Melayu di Malaysia ini.Ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Melayu ini terdiri daripada suku kaum yang berbeza seperti Jawa, Minang,Bugis,dan Banjar.
Sejarah kedatangan kaum Banjar ini adalah sama dengan masyarakat Jawa akan tetapi ramai masyarakat yang tidak menyedari mengenai etnik Banjar ini.Seperti etnik lain, entik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di Negara ini. Bagi tradisi dan adat kaum Banjar ini sebenarnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa serta Dayak.Dengan itu tidak hairan sekiranya berlaku pertempungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.
ASAL USUL KAUM BANJAR
Sebentar tadi telah saya terangkan dibahagian pengenalan dan kali ini mari kita beralih kepada bahagian asal usul Banjar. Asal usul orang Banjar dari mananya???? hmmm…. ahhh sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 2 pendekatan yang menyatakan mengenai asal usul orang Banjar ini. Pendekatan yang pertama ialah pendekatan primordialisme yang telah dikemukan oleh Alfani Daud dan pendekatan kedua ialah pendekatan konsruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukan oleh Idwar Saleh (1986) lalu dikembangkan oleh Marko Mahin (2004). Apa itu primordialisme dan konsruktifis atau situasionalis ini??... ahhh jangan pening kepala pendekatan-pendekatan ini akan diterangkan lebih lanjut dibahagian seterusnya ^_^.
Pendekatan primordialisme
Penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan iaitu selain Kabupaten Kota baru ini adalah pandangan mengikut Alfani Daud. Terdapat beberapa kaum Banjar dalam pendekatan primordialisme ini ialah Banjar Pahuluan, Banjar Batang, Banjar Batang Banyu, Banjar Kuala, Banjar Alai dan Banjar Kaluak. Hal ini sebenarnya mereka tersebut telah diketahui berasal dari penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya yang lebih dari seribu tahun lalu. Hal ini juga yang menjadikan kaum Banjar ini wujud menjadi pelbagai kerana berdasarkan kesan daripada pencampuran penduduk asli yang dikenali secara umumnya sebagai suku Dayak.
Ahh… mesti anda tertanya-tanya bagaimana orang Banjar Pahuluan ini ???? orang Banjar Batang Bayuh ini .. dan lain-lain seperti yang telah saya nyatakan seperti di atas???..Hmm mari saya terangkan bagi setiap beberapa kaum Banjar tersebut. Pertama Sekali penduduk yang mendiami atau asal dari daerah lembah sungai-sungai (berdekatan dengan sungai-sungai) yang berhulu ke pengunungan meratus ini ialah penduduk orang Pahuluan pada asasnya dan manakala orang Banjar Batang Bayuh ini pula mendiami di kawasan lembah sungai sedangkan orang Banjar Batang Kuala mendiami di kawasan daerah sekitar Banjarmasin dan Martapuri.
Pendekatan ini menggunakan bahasa yang telah dikembangkan oleh mereka dikenali sebagai bahasa Banjar (bahasa melayu) yang juga sama penggunaannya seperti penduduk yang berada di daerah asalnya iaitu di Sumatera atau di sekitarnya dengan terdapat pelbagai kosa kata yang berasal dari kaum Dayak dan Jawa itu sendiri. Nama Banjar ini diperolehi sejak dari dulu kala dan dihapuskan pada tahun 1860. Hal ini dimana pada masa tersebut warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, yang juga sesuai dengan nama ibu kota mereka pada masa ia mula pembangun.Nama Banjar ini telah disebarkan dari ibukota ke pedalaman dan berakhir di Martapuri, nama Banjar tersebut dapat diterima oleh semua penduduk di seitarnya serta tiada perubahan mengenainya.
Pendekatan Konsruktifis atau Situasionalis
Ahhh…sekarang pasti anda sudah memahami mengenai pendekatan pertama tadikan…. Apa itu pendekatan Konsruktifis atau Situasionalis???.... pendekatan itu adalah pendekatan yang kedua, mari ke bahagian seterusnya (maklumat lanjut) pendekatan ini. Pada sebelum dan awal pembangunan Kesultanan Islam Banjar membangun,entik Banjar pada waktu itu belum mempunyai identity suku atau agama dan hanya dengan merujuk pada kawasan tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka (menurut Idwar Saleh).
Idwar Saleh ini telah menyimpulkan bahawa suku kaum Banjar ini terdiri daripada tiga subetnik berdasarkan kawasan tempat tinggal mereka dan ciri pembentukan suku iaitu Banjar Pahuluan ialah campuran Melayu dan bukit yang menjadi sebagai cirri kelompok ,Banjar Batang Bayuh ialah campuran Melayu,Lawangan,Bukit,Jawa dan Maayan yang menjadi ciri kelompok dan Banjar Kuala ialah campuran Melayu, Barangas, Bakumpai, Maayan,Jawa,Bukit dan Ngaju yang menjadi ciri kelompok.
PENGHIJRAHAN KE SUMATERA DAN MALAYSIA
Setiap sesuatu kaum tersebut pasti akan berlaku perubahan terutamanya dalam cara hidup mereka sendiri. Hal ini mari kita lihat bagaimana penghijrahan orang Banjar ini sehhingga menjadi sebagai orang Banjar Malaysia. Anak cucu bagi para penghijrahan etnik Banjar ini ialah suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia yang datang dalam gelombang migrasi yang besar. Hal ini berlaku dengan cara pertama pada tahun 1780 terjadi pendatang besar-besaran ke Pulau Sumatera.
Entik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara kerajaan Banjar iaitu Pangeran tahmidullah. Hal ini juga telah memberi kesan pada mereka sehingga mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar sebagai musuh politik mereka telah dijatuhkan hukuman mati.
Peringkat seterusnya iaitu yang kedua ialah yang berlaku lagi pada tahun 1862 penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera.Para pendukung Pangeran Antasari dalam perang Banjar ini yang menjadi satu entik Banjar yang melakukan penghijrahan tersebut. Kesan daripada itu, mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di Kota Martapura atas alas an yang sama juga. Pada ketika itu kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar ini telah dikuasai oleh pasukan Residen Belanda yang merupakan musuh mereka.
Pada peringkat yang terakhir ke-3 ini berlaku pada tahun 1905 entik Banjar kembali lagi melakukan penghijrahan besar-besaran ke Pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana sultan Muhammad Seman yang menjadi raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.
Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 semasa pemerintahan Sultan Isa sebelum raja terakhir (raja Indragiri). Dalam pada masa tersebut , suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke Negari Kedah,Perak(Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam,Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat), dan di bahagian Malaysia Timur Sabah ( Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) serta bagi Sarawak (Kuching, Sri Aman).
HUBUNGAN DENGAN KAUM DAYAK
Seperti yang saya kata bahawa orang Banjar ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dengan orang Dayak. Mari kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan hubungan orang Banjar ini dengan kaum Bayak seperti berikut :
Keadaan hubungan yang terjalin ini telah menyebabkan beberapa kaum Dayak masuk islam dengan budaya suku Banjar menggelarkan diri mereka sebagai orang Banjar serta telah menganggap suku Banjar tersebut sebagai saudara. Hal ini berlaku atas dasar kebanyakan suku Dayak dan Banjar berkahwin termasuk pada peringkat raja.
Seperti contoh Biang Lawai isteri kepada raja Banjar adalah dari etnik Dayak Ngaju satu hubungan mereka menjadi lebih kuat apabila mereka berdepan dengan penjajahan melalui cara bersama-sama berperang dan beberapa pejuang juga terlibat dalam perang Banjar adalah etnit Dayak contohnya Panglima Batur dari etnik Dayak Siang Murung, Panglima Wangkang, ayahnya Dayak Bakumpai dan Panglima Batu Batol (Temenggung Marha Lahew), pahlawan wanita yang menyerang kubu Muara Tewer pada tahun 1864 sehingga tahun 1864.
ASAL-USUL MASYARAKAT BANJAR DI MALAYSIA
Ahh.. sebentar tadi anda telah mengetahui berkaitan kaum Dayak dan kaum Banjar pada asalnya. Kali ini pula saya ingin membawa anda kepada mengenali asal-usul masyarakat Banjar yang berada di Malaysia ini. Masyarakat Malaysia terkenal kerana mempunyai pelbagai kelompok etnik.
Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengenali diri melalui sesuatu warisan sesama, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap Identiti. Etnik dipupuk dengan cara membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku. Dalam proses sebegini ia dikenali sebagai etnogenesis. Salah satu golongan etnik yang besar ialah etnik Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini.
Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu. Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia. Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua masyarakat tersebut tinggal di kawasan petempatan yang berdekatan di Malaysia, contohnya di daerah Batu Pahat, Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah Bagan Datoh di Perak. Hal ini berlaku sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang pentingnya.
Selain daripada itu juga, orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimatan, Indonesia di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margas. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumantera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani mahir dalam penanaman padi.
Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dan Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.
Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson merupakan pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke-19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Dato, tahukah anda bahawa negeri Perak di katakan tempat pertapakan awal masyarakat orang banjar ini di Tanah Melayu. Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain.
Mereka masih lagi menjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh di dapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Dato, Perak, Sabak Bernam dan Tanjung Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau seperti yang telah saya katakan pada bahagian penerangan sebeum bahagian ini. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan Anumtai dari Amuntai, Barabai, dari daerah Alai, Negara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat .
Seperti contoh tempat saya iaitu Bagai Serai ,Perak dan anda boleh klik di video di bawah ini serta anda boleh juga mendengar lagu dalam bahasa Banjar ini.
CIRI-CIRI MASYARAKAT BANJAR
Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah Melayu ini??? Ahh ia merupakan dengan cara melalui sosio budaya orang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Terdapat ciri-ciri yang dominan dan ketara pada masyarakat ini yang membezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu. Di antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah, fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana, berani dan sedikit sifat negatif iaitu panas baran mereka.
Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mandailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama manusia. Begitu juga dengan orang-orang tua, mereka hanya bercakap dalam bahasa Banjar sesama kenalan atau saudara yang sebaya dengan mereka kerana anak muda sudah tidak tahu berbahasa Banjar. Kalau pun mereka faham tetapi mereka masih tidak mampu untuk betutur dalam bahasa Banjar. Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Banjar zaman sekarang sudah bercampur dengan loghat daerah, mungkin hanya ada beberapa patah sahaja bahasa Banjar yang disebut.
Hal ini kerana sifat mereka yang suka merantau masih membara di jiwa mereka. Buktinya apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDA mahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak di dapati di kawasan-kawasan tanah rancangan contohnya, di negeri Pahang. Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar, perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian.
Namun, dari segi pengamalan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya erhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan mempunyai pengangan jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta.
Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama. Hal ini kerana kebanyakan dalam golongan mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam, di Selangor.
ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR
Kini kita beralih kepada mengenali adat reasam yang telah dipelihara dari generasi ke generasi. Hal ini kita boleh dilihat seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah, tetapi dalam suasana cukup ringkas. Sebelum upacara perkahwinan berlangsung, mereka tidak ada adat merisik ini kerana dalam masyarakat Banjar zaman dahulu, perkahwinan mereka berlangsung antara sesama saudara, seperti sepupu dan sebagainya. Mungkin juga kerana kuatnya pegangan mereka kepada agama menyebabkan mereka menolak beberapa elemen tidak bersesuaian dan pembaziran.
Pensyarah Jabatan Pengajian Jabatan Melayu, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Khairi Muhammad Nor, berkata upacara ini bermula apabila kedua-dua belah pihak berkenaan, keluarga lelaki berjanji akan datang ke rumah perempuan, dan selalunya mereka datang selepas waktu Isyak. Dalam majlis ini, tiada acara berbalas pantun antara kedua-dua belah pihak seperti yang popular dalam masyarakat Melayu lain.
”Sebaliknya pihak lelaki akan menyatakan hajat kedatangan mereka untuk meminang anak perempuan secara berterus terang. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, mereka terus sepakat membuat perjanjian untuk menentukan tarikh bila hendak diadakan majlis perkahwinan. “Dalam masyarakat Banjar, majlis perkahwinan selalunya diadakan selepas mengetam atau menuai padi. Hal ini kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah membeli beras, sebaliknya boleh menggunakan beras yang diusahakan sendiri. “Selepas rundingan, masyarakat Banjar dulu biasanya menetapkan perbelanjaan hangus dan mas kahwin sebanyak RM300, tetapi sekarang mencecah antara RM5,000 hingga RM7,000 atau lebih.
Ketika tempoh menunggu majlis perkahwinan berlangsung atau sepanjang tempoh bertunang, menurut adat masyarakat Banjar, kedua-dua bakal pengantin dilarang sama sekali untuk berjumpa. Di samping itu,ibu pihak lelaki akan menyuapkan gula kepada bakal pengantin perempuan menggunakan sudu agar segala percakapan yang manis sahaja diuatarakan dan bukannya kata-kata nista dalam perkahwinan kelak.
Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu sebelum majlis kenduri berlangsung. Majlis akad nikah biasanya dilakukan pada waktu siang, dalam suasana cukup ringkas di rumah Tok kadhi. Upacara ‘mandi adat’ atau ‘berpapai’ dijalankan ditempat khas yang dipanggil balai, diperbuat aripada empat batang tiang, dan pada setiap batang tiang diikat dengan empat batang tebu. Pada setiap batang tebu itu pula diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah pisang, ketupat, dan kuih cincin pada balai itu. Dalam kawasan balai, ada bidan atau pembantu untuk memandikan pengantin dengan menggunakan upih pinang.
Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk mandi bersama atau ‘mandi adat’ dan acara ini dilangsungkan antara jam 5 hingga 6 petang. Persandingan adat Banjar begitu unik. Mereka disandingkan di tengah laman, di atas buaian sambil dipersembahkan pencak silat sembah pengantin dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu gong. Ketika majlis persandingan ini berlangsung idak ada upacara merenjis pengantin, sebaliknya hanya ada salam pengantin. Selain itu, pada hari persandingan itu juga, satu majlis khatam al-Quran pengantin diadakan dan tetamu diberi bunga telur sebagai kenangan. Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai pegangan agama yang kuat.
Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai , menyediakan gula waluh dan ayam bapak. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat terbabit di akhirat kelak.
Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali kuburdan sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 orang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang. Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah.
Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Masyarakat Banjar juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari pertama, kedua, ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100, Setahun sekali juga akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah
PANTANG LARANG MASYARAKAT BANJAR
Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang lain. Jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Perkara ini disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang. Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita, jangan memalingkan muka atau membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain.
Penggunaan air pelongsor yang sekarang ini disebut air selusuh, begitu popular dalam masyarakat Banjar dan masih digunakan sehingga kini untuk tujuan mudah melahirkan anak. Tempoh berpantang dalam masyarakat Banjar untuk ibu lepas bersalin adalah 44 hari. Amalan dalam berpantang juga kuat diamalkan orang dahulu. Hari-hari minum air halia, makan ikan bakar bersama air asam bawang putih bersama lada. Banyak jenis makanan yangi tidak berani untuk memakannya terutama yang berangin dan sejuk seperti kacang panjang. Selepas bersalin, wanita Banjar gunakan barut sepanjang bermeter-meter Dalam balutan tebal itu dimasukkan pelbagai jenis herba di dalamnya. Ada halia, jintan manis dan bawang putih. Orang Banjar pandai dengan pemilihan herba kerana di sekitar kampung memang ada bahan-bahan sebegitu. Bau rempah- rempah ini cukup wangi dan mengujakan.
KEBUDAYAAN MASYARAKAT BANJAR
Budaya berendoi dan cukur jambul sangat sinonim dalam masyarakat Melayu. Lain ekniknya, lain pula cara mengendalikannya tetapi semuanya menjurus kepada kaedah yang hampir sama iaitu adanya marhaban dan diikuti dengan tetamu yang hadir menggunting sebahagian rambut sebagai mengambil syarat upacara itu. Biasanya, bayi diletak dalam buaian yang dihias indah. Diletak bantal di kiri kanan untuk manambah keselesaannya. Pendek kata, anak kecil itu diraikan begitu istimewa. Apa saja cara dilakukan untuk memastikan dia selesa dalam sesak orang ramai. Tangisnya cepat diredakan supaya tidak terasa tertekan dan gelisahnya ditangani sebaiknya. Lain pula halnya dengan masyarakat Banjar. Budaya berendo mereka unik sekali.
Melihat kepada bagaimana mereka meletak anak dalam buaian seperti menyeksa bayi. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi. Budaya itu dinamakan ‘bapukung’ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dulu hingga hari ini. Kaedah meletakkan anak dalam buaian pelik dan kelihatan menyeksakan. Di mana saja, tidak kira di rumah atau di kebun, bayi diletak dalam buaian dengan cara sama. “Bayi seawal usia sebulan suda boleh dipukung. Bayi akan rasa lebih selesa berbanding kaedah buaian biasa Memang nampak macam terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Ada yang sampai lebih setahun pun mahu dipukung. Ada yang ketagih, tidak dapat bakupung,tidak boleh lena.
“Jika kanak-kanak menangis, merengek, perut tidak selesa, suka meragam atau kena sawan tangis, bakupung boleh menyelesaikan masalah itu. Pendek kata, bapukung bukan sekadar kaedah buaian tetapi juga satu penawar. Semua orang Banjar tahu bagaimana buat bapukung, cuma sekarang tidak ramai guna cara ini sebab tidak ada buaian kain di rumah. “Uniknya, bapukung ialah kedudukan bayi itu sendiri. Jika kaedah buaian biasa, bayi terbaring dan melihat ke langit, bapukung membolehkan bayi duduk dan lihat ke depan sekali gus membuatkan dia rasa lebih selamat. Sekurang-kurangnya bayi boleh melihat keadaan sekeliling dan tidak bosan.
I. MAKANAN TRADISI ORANG BANJAR
Baca adat sudah, baca budayapun sudah …… seperti yang kita ketahui bahawa makanan tradisi ini mampu untuk menarik para pelancong untuk berkunjung ke suatu destinasi tersebut. Kita boleh lihat dalam Jalan-jalan cari makan, mereka melancong ke tempat hanya dengan tujuan merasa makanan sahaja. Tercari-cari dimana bahagian makanan tradisi suku kaum banjar ini? ahhh mari saya bawa anda ke bahagian makanan tradisi kaum banjar ini yang mempunyai pelbagai jenis makanan tadisi yang sedap…… ^_^ seperti berikut:
Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Banjar mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Wanita Banjar di Kampung Tebuk Mantau, Harison Jafar, 60, berkata ada pelbagai jenis kuih dalam masyarakat Banjar dengan yang paling popular ialah kuih cengkaruk batu, kalakatar, wadai kepeng, balungan hayam, kalalapun (buah melaka), batil pisang (lengat) dan dadar gulung (ketayap).
Wak Wadik / Pakasam Berabai
Iwak Wadik atau Pakasam Berabai juga adalah sejenis makanan berasaskan ikan sungai yang diperap dengan garam supaya dapat disimpan dan tahan lebih lama. Antara ikan-ikan yang menjadi kegemaran orang Banjar untuk dijadikan wadik ialah ikan sepat, puyu dan lampam. Iwak wadik mempunyai persamaan dengan pekasam, namun terdapat sedikit perbezaan iaitu melebihkan penggunaan ‘uyah’ atau garam berbanding asam.
Proses membuatnya seperti berikut:
1. membersihkan ikan-ikan sungai yang telah disiang dan dicuci dengan air .
2. kemudiannya digaul dengan garam kasar kemudian diperam selama 2 atau 3 hari.
3. Selepas melalui proses pengeraman, ikan-ikan tadi dibersihkan dengan air kemudian ditoskan untuk mengeringkan ikan tersebut .
4. ikan-ikan tersebut digaul dengan beras yang disangai tanpa minyak.
5. kemudiannya ditumbuk hancur, dimasukkan ke dalam balang kedap udara dengan campuran asam jawa atau asam keeping dan sedikit gula merah.
6. Ikan-ikan tersebut akan diperam sekurang-kurang seminggu sebelum ia menjadi iwak wadik.
7. kemudiannya digoreng bersama bawang merah dan cili padi serta dimakan bersama nasi putih panas bersama lauk pauk yang lain .
Dengan ini anda boleh la klik video tersebut:
Wadai Kipeng/Gayam
Wadai Kipeng atau dengan sebutan lain oleh masyarakat Banjar suku Alai iaitu Gayam adalah sejenis masakan tradisional Banjar yang mempunyai sedikit persaman seperti puteri mandi dan bubur candil. Wadai Kipeng/Gayam diperbuat daripada tepung pulut yang digaul dengan air garam dan kapur kemudiannya diuli menjadi bebola kecil.
Wadai kipeng ini anda boleh klik juga video tersebut ^_^.
Mandai/Hampapai
Mandai/hampapai atau jeruk kulit cempedak adalah sejenis makanan tradisi orang Banjar yang diperbuat dari kulit cempedak yang dijeruk dengan air garam. Kulit cempedak yang telah dibuang bahagian luar/durinya, dipotong menjadi beberapa bahagian dan kemudiannya dibersihkan.
Kulit cempedak yang telah dipotong dan dibersihkan, dimasukkan ke dalam balang kedap udara dan dijeruk bersama air garam sekurang-kurang selama seminggu. Setelah dijeruk, kulit cempedak tersebut dikeluarkan, dibersihkan dan ditoskan sebelum dipotong kecil kemudiannya digoreng berama bawang merah, ikan bilis dan cili padi. Seperti juga Iwak wadik, mandai enak dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain.
Nasi Gaul
Nasi Gaul adalah masakan yang terkenal bagi masyarakat Banjar di Johor. Kaedah memasak nasi gaul bermula dengan memasak ayam atau daging yang telah diperap beberapa jam bersama sos cili, sos tomato, bahan-bahan kisar dari bawang putih, bawang merah dan halia, lada sulah, sedikit garam dan susu cair.
Ayam atau daging yang telah diperap, akan dimasak dahulu dengan minyak sapi atau minyak zaitun sehingga ayam atau daging tadi empuk. Setelah ayam atau daging tersbut siap dimasak, kuah ayam atau daging tadi akan dimasak bersama beras basmathi seperti memasak nasi tomato. Nasi yang telah masak dimakan bersama lauk ayam atau daging serta acar timun yang juga digaul bersama kuah ayam atau daging tadi. Masyarakat Banjar khususnya di Johor menjadikan nasi gaul sebagai juadah ketika mengadakan majlis-majlis marhaban, yasinsn serta keduri tahlil dan doa selamat.
Gangan Ba-sahang
Gangan ba sahang atau kuah lada hitam adalah sejenis masakan Banjar yang biasanya disediakan untuk ibu-ibu yang sedang berpantang selepas bersalin di kalangan orang-orang Banjar.
Proses membuatnya seperti beikut;
merebus air asam jawa, lada hitam yang telah ditumbuk kasar, bawang putih dan sedikit garam.
Bawang putih tidak dihiris sebaliknya hanya dibuang kulitnya sahaja.
Pada kebiasannya, masyarakat Banjar memasukkan ikan haruan kering ke dalam gangan ba sahang. Terdapat juga orang Banjar memasukkan sayur daun ‘kusisap’ atau daun kermak ke dalam kuah lada hitam tadi.
Gangan Waloh Humbut Nyior
Gangan waloh humbut nyior atau masak lemak labu dan umbut kelapa adalah juadah yang biasa disediakan oleh masyarakat Banjar ketika kenduri doa selamat atau pada majlis rewang/gotong royong kenduri. Masakan ini dimakan dengan nasi putih beserta ikan sepat karing/garinting dan sambal belacan.
Proses membuatnya seperti berikut:
Labu dan umbut kelapa dimasak bersama santan, udang kering atau ikan bilis serta hirisan bawang merah, bawang putih dan cili merah.
Umbut kelapa diambil dari bahagian dalam batang pokok kelapa yang lembut berhampiran pucuk pokok kelapa.
Gangan Balaos
Gangan balaos atau gulai kari lengkuas adalah sejenis masakan kari atau gulai masyarakat Banjar. Laos dalam bahasa Banjar bermaksud lengkuas.
Proses membuatnya seperti berikut:
memasak gulai kari biasa, namun ia ditumis dengan cili kering, lengkuas, kunyit, bawang merah dan putih yang dikisar halus kemudian ditumis dengan sedikit rempah kari
Beberapa helai daun kunyit dan serai yang telah dititik ditumis bersama bahan-bahan kisar.
ayam atau daging dimasukkan bersama santan, potongan kentang, asam keping serta garam secukup rasa
Untuk pengetahuan anda ayam atau daging dimasukkan bersama santan, potongan kentang, asam keping serta garam secukup rasa.
Tapai Pulut Hijau
Tapai pulut hijau banjar agak berbeza dengan tapai pulut yang biasa dari sudut warna, rasa dan aromanya. Warna hijau tapai terhasil daripada air tapisan air perahan daun cekur manis atau pucuk kato dalam bahasa Banjar. ‘Sahang’ atau Lada hitam juga digunakan dalam proses membuat tapai pulut hijau dengan memasukkan beberapa biji lada hitam ke dalam air gula yang dilarutkan dengan air suam. Nasi pulut yang telah ditanak disejukkan dahulu sebelum memasukkan ragi. Tapai pulut hijau Banjar dibungkus menggunakan daun pokok getah atau daun keladi. Tapai pulut hijau Banjar biasanya disediakan ketika masjlis-majlis kenduri masyarakat Banjar.
ii. PAKAIAN TRADISI ORANG BANJAR
Dari segi berpakaian, memang orang Banjar ada pakaian tradisinya dan kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori.
Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung. Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna kuning.
Lelaki yang telah berusia bagi masyarakat Banjar pula mengenakan baju palimbangan, iaitu kemeja berlengan panjang dengan leher baju bulat dilengkapi dengan butang lima dan mempunyai poket sebanyak tiga buah. Pasangannya digunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling, sejenis sarung terbuat dari katun atau sutra bermotif garis-garis melintang dan membujur. Sebagai penutup kepala digunakan kopiah dari kain beludru, kain satin (kupiah Padang) atau kupiah jangang. Alas kakinya ada berbagai jenis, iaitu sandal kalipik, sandal tali silang, dan selop.
ii. RUMAH TRADISI ORANG BANJAR
Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur tradisional ciri-cirinya yangmempunyai perlambang, mempunyai penekanan pada atap, ornamental, dekorasi dan simetris.
Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya dan ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun 1871 hingga tahun 1935. Umumnya rumah tradisional Banjar dibangun dengan beranjung (ba-anjung) iaitu sayap bangunan yang menjorok dari samping kanan dan kiri bangunan utama kerana itulah disebut Rumah Baanjung. Anjung merupakan ciri khas rumah tradisional Banjar, walaupun ada pula beberapa jenis Rumah Banjar yang tidak beranjung jenis rumah yang paling bernilai tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton (Dalam Sultan). Jadi nilainya sama dengan rumah joglo di Jawa yang diguna sebagai keratin.
Keagungan seorang pemimpin pada masa pemerintahan kerajaan diukur oleh jumlah ukuran dan kualiti seni serta kemegahan bangunan-bangunan kerajaan khususnya istana raja (Rumah Bubungan Tinggi). Dalam suatu perkampungan suku Banjar terdiri dari pelbagai jenis rumah Banjar yang mencerminkan status sosia mahupun status ekonomi pemilik rumah. Dalam kampung tersebut rumah dibangun dengan pola linear mengikuti arah aliran sungai mahupun jalan raya terdiri dari rumah yang dibangun mengapung di atas air, rumah yang didirikan di atas sungai mahupun rumah yang didirikan di daratan, baik pada lahan basah (alluvial) mahupun ahan kering.
Ahhh….. ^_^ di sini anda boleh melihat lebih jelas bagaimana rupa
dan bentuk binaan rumah orang Banjar dengan cara klik ke video di bawah ini ^_^.
ii. SENI TARIAN
Memang agak sukar untuk dipastikan sama ada dalam masyarakat Banjar, tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu. Hal ini mungkin berikutan daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai masyarakat yang tinggi pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah asal, berkemungkinan a tidak dibawa ke sini.
Cuma perbezaaan etnik Banjar dengan etnik yang lain adalah dari segi berpakaian. Hal ini kerana, orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang urut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya juga ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik yang lain, sarat dengan aksesori. Jika diperhatikan, sebenarnya masyarakat Banjar mempunyai rentak muzik yang tersendiri kerana rentak yang diiramakan mengadaptasi kegiatan harian etnik dan cara hidup yang diamalkan Tarian yang terdapat dalam etnik ini mengadaptasi kegiatan harian ini dengan menyelitkan elemen kelembutan dan nilai seni tradisional yang tinggi selain membuktikan bahawa etnik ini sangat mementingkan pengekalan busana asal masyarakat ini.
Tarian yang ditarikan mempamerkan kelembutan gadis Banjar menyambut tetamu dengan kata-kata indah serta lemah-gemalai gerak seni tari yang dicipta melambangkan seni tari kreatif dan keindahan bahasa dilafazkan. Secara kesimpulannya, jika dilihat sekali pandang, tarian yang memang lemah lembut ini sedikit menyerupai tarian inang di mana penarinya hanya menggerakkan tangan dan melangkah lembut tanpa gerak yang tangkas. Ulik tangan pun sekadar melentik ke kiri dan ke kanan penuh kelembutan.
ALAT MUZIK ORANG BANJAR
Terdapat beberapa alat muzik yang digunakan dalam tarian-tarian orang Banjar ini antaranya ialah seperti berikut:
1) Panting
Panting ini merupakan alat muzik yang dipetik dengan berbentuk seperti gambus Arab tetapi ukurannya lebih kecil. Panting ini juga merupaka alat muzik dari Kalimantan selatan, pada umumnya adalah orang atau masyarakat Banjar. Tokoh yang paling terkenal sebagai pemain Panting ini adalah A. Sarbaini serta kumpulan-kumpulan muzik Panting yang lainnya. Akan tetapi sekarang ini seiring dengan adanya perkembangan zaman kumpulan-kumpulan muzik Panting ini menjadi semakin sedikit bahkan ianya juga jarangg ditemui.
2) Kurindin / Guriding
Selain itu , Kurindin ini merupakan alat muzik yang pada asalnya ialah Kalimantan Selatan yang diperbuat daripada Bambu. Nama bagi alat muzik ini diberikan oleh Penduduk Hulu Sungai Tengah dan Desa Harakit Kabupaten Tapin.
3) Kalang Kumpak
Kalang Kumpak ini merupakan alat muzik tradisional Suku Bukit. Masyarakat Dayak Maanyan menyebut kalang kumpak dengan nama “salung” yang berfungsi untuk menghiburkan petani di lading dan untuk mengusir binatang buas.
4) Terbang sendiri
Alat muzik ini ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu dengan berbentuk bulat serta lubang ditengahnya. Apa yang uniknya alat muzik ini ialah lubang tersebut ditutup dengan kulit binatang yang apabila dipukul atau dimainkan akan mengeluarkan bunyi dan nada yang sesuai dengan bentuk kayu tersebut.Alat ini boleh didapati dibeberapa daerah di Indonesia seperti Provinsi Banten atau di Jakarta.
5) Kintung
Alat ini termasuk alat muzik pentatonic dikatakan sejenis alat muzik perkusi. Hal ini kerana bunyi dihasilkan dengan cara memukul pada sebuah potongan kayu yang bundar. Untuk pengetahuan anda alat ini berjumlah 7 buah dan masing-masing mempunyai nama yang tersendiri iaitu Hintalu randah, Hintau tinggi, Tinti pajak, Pindua randah ,Pindua tinggi dan gorok tuha.
BAHASA ORANG BANJAR
Tadi anda telah mengetahui dari sejarah orang Banjar,makanan,pakaian tradisi,tarian dan kini kita ke bahagian mengetahui bahasa orang Banjar ini pula adalah seperti berikut:
Bahasa banjar adalah satu bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh suku adalah cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Bahasa ini berasal dari provinsi Kalimantan Selatan yang terdiri daripada Banjar Kandangan, Amuntai Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa roto-Malayik sama seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).
Selain Kalimantan Selatan, bahasa Banjar yang asalnya berupa bahasa suku kaum juga menjadi lingua franca di kawasan-kawasan lain, iaitu Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur serta di daerah Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, sebagai bahasa perantaraan sesama suku.
Bahasa banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa-bahasa Dayak. Bahasa Banjar dipercayai mempunyai hubungan dengan bahasa perkembangannya, bahasa Banjar nampaknya terlalu banyak meminjam perkataan dari bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa asing. Namun demikian, bahasa banjar berada dalam kategori yang masih jauh dari kancah kepupusan kerana ia masih digunakan sebagai bahasa perbualan seharian oleh masyarakat banjar mahupun pendatang. Kini, bahasa Banjar sudah diajarkan di sekolah-sekolah di Kalimantan Selatan sebagai mata pelajaran setempat. Jika diperhatikan, para penutur bahasa Banjar dapat dikenal pasti adanya kelainan-kelainan dalam pengucapan atau perbezaan kosa kata sesama kelompok oghat iaitu Bahasa banjar Hulu Sungai atau Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala.
Loghat Banjar Kuala pada umumnya ditutur oleh penduduk asli sekitar kota Banjarmasin, Martapura dan Pelaihari, manakala dialek Banjar Hulu pula ditutur oleh penduduk daerah Hulu Sungai umumnya, iaitu kawasan Kabupaten Tapin, Hulu Tabalong. Penutur dialek Banjar Hulu ini jauh lebih luas dan masih kelihatan beberapa kelainan subloghat lagi yang disebutkan oleh Amuntai, Alabiu, Kalua Kandangan, dan Tanjung.
Selain itu, Den Hamer amat berpendapat bahawa bahasa yang dipakai oleh orang Bukit iaitu penduduk pedalaman pergunungan Meratus, merupakan salah satu subdialek Banjar Hulu juga dan mungkin subloghat baik Banjar Kuala mahupun Banjar Hulu itu masih banyak lagi, jika dilihat banyaknya kelainan penuturan bahasa Banjar yang masih memerlukan penyelidikan lanjut dari para ahli dialektrografi sehingga bahasa Banjar itu dengan segala subloghatnya boleh diletakkan secara teliti dan tepat. Berdasarkan pengamatan yang ada, perbezaan kelompok dialek Banjar Kuala dengan Banjar Hulu setidak-tidaknya ada dua perkara penting iaitu adanya perbezaan pada kosa kata tertentu dan perbezaan pada sebutan fonem tertentu. Di samping itu ada pula pada perbezaan nada dan tekanan meskipun yang terakhir ini bersifat tidak membezakan. Di bawah ini ditunjukkan perbezaan beberapa perkataan antara bahasa Banjar Hulu dan Banjar Kuala serta maksudnya di dalam bahasa Melayu.
Banjar
hulu
|
Banjar
kuala
|
Bahasa
melayu
|
Banyu
dingin
|
Banyu
dingin
|
Air sejuk
|
Gani’i
|
Dangani
|
Menemani
|
Ma-hurup
|
Ma-nukar
|
Membeli
|
Hingkat
|
Kawa
|
Dapat/boleh
|
Aria
|
Himung
|
Senang
|
Balalah
|
Bakunjang
|
Bersiar-siar
|
Linger
|
Tuang
|
Tuang
|
Tuti
|
Tadih/
hiintadi
|
tadi
|
Kadai
|
Warung
|
warung
|
Uma
|
Mama
|
ibu
|
CERITA DONGENG ORANG BANJAR
Hikayat Putmaraga
Tersebutlah sebuah keluarga miskin yang tinggal di desa Kalampaian. Keluarga itu terdiri dari seorang ibu dan anak lelaki satu-satunya. Putmaraga nama anak lelaki itu. Sepeninggal sang ayah, kehidupan keluarga itu bertambah kesulitan. Kerap Putmaraga dan ibunya merasakan kekurangan.
Pada suatu malam ibu Putmaraga bermimpi didatangi seorang nenek renta. Si nenek renta berujar kepadanya, "Galilah tanah di belakang rumahmu, di antara pohon nangka.”
Keesokan harinya ibu Putmaraga mengajak anaknya untuk menggali tanah di belakang rumahnya sesuai pesan nenek renta dalam impiannya. Tidak mereka duga, mereka menemukan sebuah guci Cina yang sangat besar. Isi guci besar itu membuat ibu Putmaraga dan Putmaraga amat tercengang. Mereka mendapati intan dan berlian yang sangat banyak jumlahnya di dalam guci.
Putmaraga memberikan usulnya, "Kita bawa intan dan berlian ini kepada Kepala Suku. Kita tanyakan kepada beliau, kepada siapa kita hendaknya menjual intan dan berlian ini.”
Ibu Putmaraga setuju dengan usul anaknya. Mereka lantas membawa intan dan berlian temuan mereka itu kepada Kepala Suku.
Kepala Suku menyarankan agar mereka membawa intan dan berlian itu ke Medangkamulan. Katanya, "Raja Medangkamulaan terkenal kaya raya. Ia tentu mampu membeli intan dan berlian kalian yang sangat mahal harganya ini.”
Ibu Putmaraga akhirnya meminta anaknya itu berangkat menuju Medangkamulan. Ia berpesan agar anaknya itu senantiasa bersikap jujur dan tidak sombong. "Lekas engkau kembali setelah berhasil menjual intan dan berlian ini.”
Putmaraga berjanji akan mematuhi semua pesan ibunya. Dengan menumpang sebuah kapal besar milik seorang saudagar, Putmaraga akhirnya tiba di Medangkamulan. Benar seperti saran Kepala Suku, Raja Medangkamulan bersedia membeli intan dan berlian itu dengan harga yang pantas. Raja Medangkamulan malah menyarankan agar Putmaraga tinggal di Medangkamulan.
Putmaraga lantas berdagang. Usaha perdagangannya membuahkan hasil yang banyak baginya. Di Medangkamulan itu Putmaraga terus membesarkan usaha dagangnya hingga beberapa tahun kemudian Putmaraga telah dikenal sebagai seorang saudagar yang sangat berhasil. Ia adalah saudagar terkaya di Medangkamulan.
Raja Medangkamulan sangat terkesan dengan semangat dan usaha Putmaraga. Ia pun menikahkah salah satu putrinya dengan Putmaraga. Usaha dagang Putmaraga kian membesar setelah ia menjadi menantu Raja Medangkamulan.
Putmaraga menyatakan kepada istrinya bahwa ia masih mempunyai ibu. Ia bahkan menjanjikan kepada istrinya untuk menemuinya ibunya. Karena janjinya itu maka istrinya berulang-ulang menyatakan keinginannya untuk bertemu dengan ibu Putmaraga itu. Karena terus didesak istrinya, Putmaraga tak lagi bisa mengelak. Ia segera memerintahkan kepada anak buahnya untuk menyiapkan kapal yang besar lagi mewah miliknya yang akan digunakannya untuk berlayar ke kampung halamannya.
Setelah berlayar beberapa waktu Iamanya, kapal besar lagi mewah milik Putmaraga itu akhirnya merapat di pelabuhan Banjar, di wilayah asal Putmaraga. Dalam waktu tak berapa lama kedatangan Putmaraga dengan kapal miliknya itu menyebar diketahui warga. Kekaguman warga pun tertuju pada Putmaraga, seseorang yang dahulu mereka kenal hidup miskin bersama ibunya.
Tak terkirakan gembira dan bahagianya hati Ibu Putmaraga ketika mendengar kedatangan anaknya. Sampan kecilnya segera dikayuhnya menuju tempat di mana kapal anaknya tengah merapat. Kerinduannya bertahun-tahun kepada anaknya itu hendak dituntaskannya. Seketika mendekati kapal yang besar lagi mewah itu, Ibu Putmaraga lantas menyebutkan kepada penjaga kapal, "Saya ini ibu Putmaraga. Sampaikan kepada Putmaraga, saya ingin bertemu dengannya."
Dari geladak kapalnya, Putmaraga melihat kedatangan ibunya. Mendadak ia merasa malu hati mengakui jika perempuan tua yang berpakaian lusuh lagi kumal itu adalah ibunya. Putmaraga menolak kedatangan ibunya dan bahkan memerintahkan kelasinya untuk mengusir ibunya. Katanya keras-keras seraya bertolak pinggang,
"Usir perempuan tua buruk rupa yang mengaku ibu kandungku itu! Ia bukan ibuku! Ia hanya mengaku-ngaku!"
Tak terkirakan terperanjatnya Ibu Putmaraga mendengar ucapan anaknya. Ia berusaha keras untuk menyadarkan anaknya, namun Putmaraga tetap juga menolak untuk mengakui sebagai anaknya. Bahkan, ketika istrinya pun turut menyadarkan, Putmaraga tetap bersikukuh jika perempuan tua itu bukan ibunya.
Ibu Putiparaga bergegas pulang ke rumahnya. Ia mengambil ayam bekisar jantan dan ikan ruan yang dahulu dipelihara Putmaraga. Seketika ia telah kembali ke kapal besar milik Putmaraga, ia pun menunjukkan dua hewan itu seraya berkata, "Putmaraga anakku, Iihatlah dua binatang kesayanganmu ini. keduanya tetap Ibu rawat selama engkau pergi ke Medangkamulan. Apakah engkau masih tidak percaya jika aku ini ibumu?"
"Tidak!" seru Putmaraga. "Engkau bukan ibuku! Engkau hanya perempuan tua yang mengaku-ngaku sebagai ibuku karena menginginkan harta kekayaanku! Kelasi, usir perempuan tua itu dari kapalku ini!"
Putmaraga sangat jengkel karena melihat ibunya tetap berusaha menjelaskan jika ia adalah ibu Putmaraga. Karena jengkelnya, Putmaraga lantas melempari ibunya dengan kayu-kayu. Salah satu lemparan itu telak mengena ibunya hingga ibunya jatuh terpelanting.
Ibu Putmaraga merasa putus asa. Sakit benar hatinya mendapati sikap anaknya yang durhaka terhadapnya itu. Ia pun kembali ke rumahnya seraya mengayuh sampan kecilnya. Air matanya terus bercucuran ketika meninggalkan kapal milik anaknya itu. Dengan hati remuk redam, ia pun berdoa kepada Tuhan, "Ya Tuhan, sadarkanlah kedurhakaan anak hamba itu."
Seketika setelah ibu Putmaraga berdoa, alam tiba-tiba menampakkan kemarahannya. Langit yang semula cerah berubah menjadi amat gelap. Awan hitam bergulung-gulung. Kilat berkerjapan laksana merobek-robek langit yang disusul dengan gelegar petir berulang-ulang. Angin topan mendadak datang, menciptakan gelombang yang menderu-deru dengan kekuatan dahsyatnya. Semua kemarahan alam itu seperti tertuju pada Putmaraga yang kebingungan serta ketakutan di dalam kapal besar lagi mewahnya.
Kapal Putmaraga seketika itu digulung gelombang air berkekuatan dahsyat.
Sadarlah Putmaraga akan kedurhakaan besarnya terhadap ibu kandungnya. Ia pun berteriakteriak meminta ampun kepada ibunya. Namun, semuanya telah terlambat bagi Putmaraga. Kedurhakaan besarnya kepada ibunya tidak berampun.
Kapal besar lagi mewah itu sirna ditelan ombak besar bergulung. Seketika alam telah kembali tenang, kapal besar lagi mewah milik Putmaraga itu mendadak menjadi batu.
Pesan moral dari Kumpulan Legenda Cerita Rakyat : Hikayat Putmaraga adalah kedurhakaan kepada orangtua, terutama ibu, akan berbuah kemurkaan Tuhan. Sekali-kali janganlah kita berani durhaka jika tidak ingin mendapatkan kemurkaan Tuhan.
Terdapat banyak lagi cerita-cerita dongeng orang Banjar ini dan disini terdapat juga cerita moden yang menggunakan bahasa Banjar seperti berikut:
KEPERCAYAAN MASYARKAT BANJAR
Perkara ini sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi bagi memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan. Mereka merasakan orang-orang selain dari suku mereka dianggap “orang luar”.
Keadaan inilah yang telah mempengaruhi perkembangan keperibadian dan corak pergaulan mereka. Menurut beliau lagi, arang berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Justeru, mereka dapat mengekalkan ciri-ciri keperibadian yang tersendiri dalam masyarakat ini. Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabot seperti karusi, meja dan almari. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja.
Satu hal yang agak mustahak juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan.
Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan orang Banjar.
Disebabkan kebanyakan masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman padi, maka terdapat satu budaya yang dinamakan “berderau” bagi aktiviti penanaman padi ini. Berderau dalam erti kata lain adalah menjalankan aktiviti penanaman padi secara berkumpulan. Aktiviti ini diadakan apabila musim enanaman padi bermula. Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang yang datang membantu untuk menanam padi. Sebagai contoh, jika tuan pemilik tanah sawah padi ingin menanam padi, terdapat 10 orang yang datang untuk membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut harus membantu pula 10 orang itu menanam padi mereka. Aktiviti ini menunjukkan satu sikap kerjasama yang baik antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain mempercepatkan proses menanam padi.
Nilai yang diberi ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahlian dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam.
Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca Al-Quran , mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu agama yang lain. Tambahan pula, kebanyakan orang banjar yang berhijrah ke tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sempurna. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahawa masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam dalam kehidupan mereka.
KESIMPULAN
Secara natijahnya disini saya boleh simpulkan bahawa kaum Banjar di Malaysia ini perlu diketahui dan mewarisi segala warisan adat istiadanya. Hal ini sebenarnya mempunyai pelbagai lagi orang Banjarmasin ini akan tetapi ia semakin tidak di amalkan lagi terutamanya generasi masa sekarang ini. Hal ini kerana masyarakat Banjar Malaysia ini semakin mundur bak kata pepatah melayu berkat lapuk di telan zaman dan penggunaa bahasa Banjar ini juga jarang digunakan dalam kehidupan mereka hanya segelintir sahaja yang menggunakannya dalam golongan orang tua (di campurkan dengan bahasa Melayu). Dengan ini kenikkan budaya seperti ini perlu dijaga dan diketahui agar dapat diketahui pengetahuannya oleh generasi akan dating dan tidak ramai masyaraakaat yang menceritakan mengenai kaum Banjar ini.
Selain itu juga, uniknya kaum Banjar ini ialah walaupun mereka telah memasuki zaman yang moden mereka tetap mengamalkaan cara kehidupan dalam mencari rezeki melalui berkebun seperti menanam padi , jika dalam Malaysia kita boleh lihat dikawasan kerian ,Perak (tempat kampung saya) yang masih lagi menanam padi walaupun anak cucu mereka telah berjaya dalam kerjaya mereka dan memengang jawatan-jawatan yang tinggi dalam pekerjaan mereka.
Itu sahaja dari saya mengenai kaum Banjar di Malaysia ini. Terima Kasih kerana berkunjung ke blog saya ini dan semoga ilmu yang saya kongsikan kepada anda mendapat manfaat yang baik. Sebarang pertanyaan atau kemuskilan, anda bolehlah PM saya di facebook ( Fatyn Umyra ) kerana saya juga mempunyai kumpulan orang-orang Banjar di Malaysiaa ini.