Perfect World Online Spear Thingy

Tuesday 26 July 2016

sektor peruncitan dan pemborongan




Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari ini saya nak share ..... mengenai video yang kami hasilkan dan berdasarkan pembelajaran kami di semester lepas.

Industri pelancongan di Malaysia ini sememangnya dapat membawa kepada peningkatan ekonomi negara bukan sahaja itu tetapi kepada penduduk tempatan.

Dalam insdutri pelancongan mempunyai pelbagai sektor-sektor yang dapat membantu industri pelancongan lebih meningkat. Seperti contoh sektor peruncitan dan pemborongan. Hal ini kerana kebanyakkan pelancong datang ke sesebuah destinasi selalunya akan membeli sedikit cenderahati unutk dijadikan kenang-kenangan ke negera asal atau tempat asal.




Apabila pelancong melancong ke seseuatu destinasi tarikan pelancongan tersebut sama ada tarikan pelancongan semulajadi atau buatan manusia ini akan mempunyai beberapa gerai cenderahati yang dijual seperti contoh baju t'shirt , beg buatan penduduk tempatan, dan sebagainya.Cenderahati yang kita boleh lihat di malaysia ini anda bolehlah melihat video diatas . 

Ia hasil dari pemerhatian kami  di kawasan Sandakan dan ianya juga hasil dari kami sendiri.

Dalam sektor peruncitan dan pemborongan ini mempunyai proses dimana bagaimana bahan tersebut diperolehi sehingga ia dapat dijual  sama ada kepada peruncit atau terus kepada pelancong tersebut.

itu sahaja sedikit perkongsian dari saya ^_^