Perfect World Online Spear Thingy

Thursday 14 September 2017

assalammualaikum semua.... ^_^ lama x buka blog ..... maaflah saya bisy dengan study.... 


ahhh aary ni saya  nak share la gan kamu semua pasal acara-acara yang dilakukan atau dilaksanakan di malaysia khasnya dalam setahun. Acara yang saya nak share ni merupakan salah satu acara yang popular dilaksanakan oleh pihak kementerian pelancongan dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke nagara kita khasnya bukan itu sahaja acara tersebut dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang yang dilaksanakan.

Nak tahu lebih lanjut... Mari baca di bawah ini:

ACARA FLORIA DIRAJA 

Rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang maha esa segala kenikmatan dan keizinan yang diberikan kepada kami sepanjang dan selepas kami menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya segala usaha dan penat lelah kami menyiapkan tugasan ini tidak akan bermakna tanpa keizinan-Nya. Kepada pensyarah yang kami iaitu En.Asri Arase dan  En. Ahmad Mu’iz Bin Mohd Hadi  jutaan terima kasih kami ucapkan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami sehingga kami dapat menyempurnakan tugasan ini.
Selain itu juga, ribuan terima kasih di tujukan kepada ibubapa kami yang tidak mengenal erti bosan memberikan sokongan dan galakkan kepada kami. Walaubagaimanapun, tidak dilupakan kepada rakan-rakan kami yang memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, setinggi penghargaan kami ucapkan kepada individu-individu yang terlibat memberi dorongan bimbingan secara langsung atau tidak langsung . Semoga jasa baik anda dirahmati oleh Allah s.w.t .


PENGENALAN

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan .Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

          Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

          Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.



          Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa

`        Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parliamen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. Dalam Sanskrit, "putra" bererti "putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti "kejayaan" atau "kemenangan". Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.


LATAR BELAKANG ACARA


Perbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan seramai sejuta pengunjung yang akan memeriahkan Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 pada 27 Mei hingga 4 Jun ini di Anjung Floria, Presint 4. Presiden PPj, Datuk Seri Hashim Ismail berkata, festival yang mema­suki edisi kesembilan ini akan menampilkan bunga kekwa atau nama saintifiknya Chrysanthemum sebagai bunga utama selain pelbagai lagi jenis bunga-bungaan yang menarik akan ditampilkan.

Beliau berkata, festival pada kali ini yang bertemakan ‘Keajaiban Dunia Floria’ akan mempamerkan lebih 400,000 pokok bunga pelbagai spesies, selain tiga tarikan baharu iaitu pameran The Magic of Bonsai & Suiseki, Taman Muzika dan Terrarium Tropical Magic in the Glass.“Pada tahun lalu, festival ini membawa kelainan dengan taman empat musim, namun kali ini kita mengetengahkan tiga kelainan dan antara yang bakal menarik perhatian pengunjung ialah Taman Muzika yang menggunakan teknologi terkini dari Eropah.

“Acara perasmian festival kali ini akan disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada 26 Mei pukul 3 petang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis memperkenalkan rakan strategik penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 di sini.

Menurut Hashim, buat julung kalinya festival bunga terbesar di Malaysia itu turut menganjurkan Dialog Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya pada 27 dan 28 Mei yang menghimpunkan pakar bidang hortikultur dengan masing-masing berpeluang untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman.

“Festival ini mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan pereka bunga dan arkitek landskap dari pelbagai negara luar termasuk Australia, China dan Sepanyol yang mengambil bahagian dalam pertandingan rekaan taman dan gubahan,”jelasnya Festival tersebut akan dibuka kepada umum mulai 27 Mei hingga 4 Jun dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam dengan tempoh masa bagi hari Jumaat sehingga Ahad dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam
Harga tiket bagi memasuki Floria Diraja Putrajaya 2016 ditetapkan sebanyak RM7.50 bagi peme­gang MyKad, RM22 (warga asing) manakala kanak-kanak, orang ku­rang upaya (OKU) dan warga emas (RM3.50) (pemegang MyKad) serta RM11 (warga asing). Tiket ke Taman Magika ditetapkan sebanyak RM10.50 untuk dewasa manakala RM5.50 bagi kanak-kanak, OKU dan warga emas.Sebanyak 120 lot komersial berkonsepkan Garden Bazaar dan lebih 200 gerai jualan makanan dan minuman serta 150 gerai hasil kraf turut dibuka. Bagi memudahkan pengunjung, kaunter tiket akan dibuka dua hari sebelum festival itu berlangsung iaitu dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dan boleh juga dibeli secara dalam talian bermula 1 Mac dengan melayari laman web www.floriaputrajaya.com.my .

 *      MAGICAL GARDEN
Magical Garden telah dicipta oleh nakhoda Finland bergerak kesan cahaya. pemasangan ini di Střelecký Ostrov adalah berdasarkan kepada pencahayaan yang dinamik, warna yang kuat dan tempo meditasi, yang bersama-sama membentuk suasana yang sengit yang menembusi walaupun sudut yang paling jauh di Prague. suasana tenang yang dicipta oleh iringan muzik digubah khas untuk majlis ini. Penduduk Prague dan pengunjung akan ditawarkan pandangan yang luar biasa hebat daripada sebuah pulau sebaliknya diselaputi bayang-bayang pokok, yang akan berubah selama empat malam pada bulan Oktober ke dalam Taman Magical. Magic gaerden ini adalah seperti berikut :



Kari Kola adalah artis Finland, yang pakar dalam bekerja dengan cahaya dan bunyi. pengeluaran beliau termasuk segala-galanya daripada unsur-unsur persembahan tarian untuk pemasangan luar. Hasil kerja beliau menyesuaikan diri dengan pelbagai lokasi, dan lampu-anaknya diterangi taman, gereja-gereja, dan jambatan, walaupun lombong tertutup. Kari Kola telah mengambil bahagian dalam beratus-ratus perayaan dan projek-projek seni kedua-dua di Finland dan di luar negara. Malah, internasionalisme beliau adalah merupakan sebahagian daripada kerjanya.

*      CHRYSANTHENUM GARDE

"Chrysanthemum - Mums is the word" menjadi taman tema yang tidak boleh dilepaskan untuk dijejaki. Menghimpunkan pelbagai jenis, rupabentuk, warna dan saiz bunga kekwa atau chrysanthemum yang di susun dan didekorasi indah untuk tatapan para pengunjung.Kawasan taman tersebut .

*      ROYAL GARDEN

Setiap setahun Taman Royal dipilih dan untuk Royal Floria Putrajaya 2016, negeri Johor dipilih sebagai taman diraja rasmi. Secara keseluruhan, pameran bunga dan taman di Putrajaya juga dijangka menyaksikan satu juta pelawat, berbanding 750,000 tahun lepas. Untuk bunga, akan ada lebih 400,000 spesies bunga dan tumbuh-tumbuhan yang akan dipamerkan di ruang pameran 11.7 hektar bagi tahun bunga ini dan pameran taman.Seperti berikut :


Pada tahun 2016 Istana Besar Johor telah dipilih menjadi tema. Nikmati replika hebat Istana Besar Johor yang dikelilingi oleh taman bunga yang indah disamping persembahan kebudayaan negeri Johor pasti menjadi salah satu tarikan yang tidak akan dilupakan.
*      INTERNATIONAL FLORAL PAVILION

Taman ini terletak diruang pameran bertutup yang berhawa dingin ini memang menyegarkan. Lokasi persinggahan yang mampu menyejukkan anda seketika dari bahang cuaca yang panas. Disini pelbagai dekorasi dan hiasan yang agak menarik dan kreatif dipamerkan. Peserta dari luar negara juga menunjukkan kehebatan mereka disini.
Cuma yang terasa ketara adalah kekurangan jumlah penyertaan. Yang paling menyerlah dan menarik adalah dekorasi hutan hijau yang dipenuhi binatang liar. Namun ruang laluan yang agak sempit menyukarkan untuk mengambil gambar. Mujurlah tidak ramai orang ketika itu.

 MAGICAL WORLD OF FLORIA

Taman ini adalah satu pameran yang paling menarik untuk dilihat iaitu apabila para pengunjung melangkah ke dunia Magical Garden yang penuh misteri dan fantasi. Melalui teknogi canggih “magic-mirroring” dan 3D holographic para pengunjung akan dipersembahkan dengan persembahan yang pasti memukau pandangan serta mengagumkan.

*      Pameran Dan Pertandingan Orkid

Bagi peminat orkid, pastinya bahagian pameran ini tidak boleh dilepaskan. Pelbagai jenis, bentuk, rupa dan warna orkid yang amat menarik serta unik dipamerkan disini. Dari orkid hutan hinggalah ke orkid hibrid yang pastinya memukau perhatian para pengunjung. Pada kebiasaannya taman ini lebih kepada pengunjung para wanita kerana bunga jenis ini merupakan bunga yang sering menjadi perhiasan di kawasan halaman rumah mahupun di sesebuah bangunan.

Kembara Floria Putrajaya diteruskan dengan memasuki ruang pameran taman. Disini lokasi tema utama Floria dipamerkan dimana 'Taman Bertema' menjadi santapan mata para pengunjung ke Taman-taman seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia menjadi taman tema pilihan.


*      FLORIA ART & CRAFTS

Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) akan bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk menganjurkan Promosi ’Floria Arts & Crafts’ sempena Festival Floria Putrajaya 2014 yang akan berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun ini bertempat di Presint 4, Putrajaya bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Festival Floria Putrajaya merupakan program peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Promosi ‘Floria Arts & Crafts’ ini akan melibatkan penyertaan seramai 98 orang usahawan dari seluruh negara meliputi semua bidang kraf seperti tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf. Promosi seumpama ini merupakan usaha Kraftangan Malaysia mempromosi dan memperluaskan pasaran kraf di lokasi tempat tumpuan pengunjung.



*      CATS  PAVILION

Terdapat bonus antara bunga. Pada akhir berhampiran gerai-gerai makanan, terdapat pavilion kucing yang mempamerkan kucing dan haiwan peliharaan lain. Terdapat pameran kucing tahun ini menampilkan baka shorthaired dan berbulu panjang eksotik dan tabbies ternakan lain.


*      FLORIA FLAVOURS

FLORIA Flavours menjadi satu  tarikan orang ramai utama sebagai pusat yang menawarkan pelbagai pilihan makanan di bawah satu bumbung. Walaupun FLORIA Flavors boleh menampung 36 gerai terletak di lokasi yang lebih sesuai, tarikan ini juga dijangka menampilkan 20 trak makanan yang menyajikan pelbagai makanan lazat dan minuman rasa untuk pelawat serta harga yang berpatutan pada setiap hidangan.


*      DESIGNER GARDEN

Para pengunjung juga  boleh mengambil inspirasi dan pengetahuan daripada lawatan kerana para pengunjung boleh belajar mengenai trend reka bentuk taman dan teknologi terkini melalui demonstrasi dan bengkel. 

*      PHOTOGRAPY COMPETITION

Kepada para pengunjung yan mengunjung acara ini akan  dapat mengambil gambar.-gambar Snap. Tangkap pemandangan yang indah dan kenangan yang menyenangkan.The Royal FLORIA Putrajaya pertandingan fotografi bertujuan merangsang pelawat untuk melihat, sedar dan menghargai flora Malaysia yang indah dan fauna. Ia adalah cara untuk membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang.. Sertai  dalam meraikan keindahan alam semula jadi di tengah-tengah taman sekitarnya


LATAR BELAKANG SYARIKAT / PENGANJUR



Bagi acara Floria Diraja Putrajaya ini telah dilakukan atas kerjasama beberapa badan yang bertanggunjawab untuk menngadakan acara di Putrajaya ini antaranya ialah Perbadanan Putrajaya yang utama sekali. Badan ini merupakan kerjaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya dimana ianya diketuai oleh Presiden Datuk Seri Hasim bin Ismail.


Terdapat beberapa fungsi Perbadanan Putrajaya adalah :
  1. Menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
  2. Menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil yang perjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya
  3. Mengawalselia, menyelaras dan mengusahakan pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
  4. Mengawal dan menyelia perlaksanaan aktiviti di kawasan Perbadanan Putrajaya
  5. Bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan
  6. Pentadbir tanah Kawasan Perbadanan Putrajaya

STATISTIK PENUNJUNG
Statistik pengunjung atau pelancong ini merupakan satu elemen yang boleh dijadikan rujukkan atau panduan kepada negara sesebuah syarikat malah untuk para pelajar. Statistik ini adalah satu jangkaan atau anggaran yang diperolehi oleh pihak penganjur bagi melihat maklumat balas ke atas acara yang diadakan dan ianya merangkumi secara keseluruhan sama ada pengunjung tempatan mahupun pelancong luar negara.
 Dengan adanya statistik ini juga, ia dapat memberikan satu pandangan yang boleh diperolehi dari segi positif ataupun negatif dimana ia boleh menentukan acara tersebut mempunyai potensi atau tidak untuk dilaksanakan. Statistik Floria Diraja Putrajaya ini telah mendapat penyertaan peserta antarabangsa melebihi 50 orang dimana ia terdiri daripada pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada, China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand. Dan buat pertama kalinya juga pada tahun 2015, Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk telah dipamerkan di negara ini, sekali gus memberi simulasi taman Eropah pada musim sejuk beserta salji.
Tidak jurang juga pengunjung tempatan yang telah datang menggunjungi acara tersebut sama ada datang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti acara tertentu mahupun tidak turut datang berkunjung.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya ialah Floria Diraja Putrajaya ini sangat sesuai dilaksanakan khasnya kepada pelancong tempatan mengenai kesedaran bahawa flora yang indah di Malaysia ini perlu dijaga dengan baik dan tidak sesekali dirosakkan oleh musuh utama flora iaitu manusia.Hal ini kerana dengan adanya acara seperti ini dapat meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa seperti yang telah diperolehi melalu statistik bahawa lebih daripada 50 orang pengunjung antarabangsa untuk mengambil alih dalam acara tersebut. Selain itu , dengan adanya acara seperti in ia dapat menggalakkan pembangunan pelancongan domestik di sesuatu kawasan berdekatan dengan acara yang diadakan dimana ia dapat mempromosikan pelancongan domestik akan lebih menumpukan kepada usaha memupuk budaya merancang percutian atau aktiviti .
Selain daripada itu juga, acara yang diadakan seperti Floria Diraja Putrajaya ini dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang yang dilakukan oleh pengunjung antarabangsa  serta ianya juga dapat memendedahkan kepada pengunjung tentang kebaikkan dan kepentingan flora di Malaysia ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pelabur akan membuat pelaburan di Malaysia ini melalui acara yang diadakan in selain daripada sektor pelancongan yang utama iaitu sektor penginapan,sektor pengangkutan, sektor makanan dan minuman.



Itu sahaja dari saya semoga bermanfaat kepada kamu semua dan boleh dijadikan sebagai rujukan pembelajaran.