Perfect World Online Spear Thingy

Thursday 8 September 2016

Etnik Kaum Banjar di Malaysia

Indah berbalam si awan petang,
Berarak megah di Tanjung Bidara,
Pemanis kalam Selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,



Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada anda ^_^
Sihat??? Alhamdulillah.. ^_^ Malaysia adalah salah satu negara yang menjadi contoh kepada negara lain.Hal ini kerana Malaysia boleh hidup aman harmoni dengan mempunyai pelbagai suku kaumnya. Ok!! baiklah hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai kaum Banjar di Malaysia. Mari kita ketahuinya….sebelum saya menyentuh lebih lanjut mengenai kaum banjar ini pertama sekali anda perlu mengetahui pengenalannya terlebih dahulu seperti berikut:


PENGENALAN

Tahukah anda apa keunikkan Malaysia Ini ….
Hmm…. keunikkan Malaysia ini seperti yang telah saya katakan sebentar tadi bahawa ia terdiri daripada berbilang kaum dan entik dari pelbagai sosio budayanya. Hal ini boleh kita lihat dari segi sejarah ,adat resam, pantang larang,kepercayaan dan kebudayaan. Akan tetapi bila kita lihat secara umumnya kebanyakkannya penduduk Malaysia ini terdiri dari bangsa seperti Melayu,India,Cina,Kadazan,Bajau,Iban dan pelbagai lagi entik kecil yang lain.Meskipun corak kehidupan kaum di Malaysia ini berbeza, masyarakatnya dapat hidup dengan saling bantu membantu dan hormat menghormati.

Mari kita fokuskan kepada masyarakat Melayu di Malaysia ini.Ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Melayu ini terdiri daripada suku kaum yang berbeza seperti Jawa, Minang,Bugis,dan Banjar.

Sejarah kedatangan kaum Banjar ini adalah sama dengan masyarakat Jawa akan tetapi ramai masyarakat yang tidak menyedari mengenai etnik Banjar ini.Seperti etnik lain, entik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di Negara ini. Bagi tradisi dan adat kaum Banjar ini sebenarnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa serta Dayak.Dengan itu tidak hairan sekiranya berlaku pertempungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.



ASAL USUL KAUM BANJAR

Sebentar tadi telah saya terangkan dibahagian pengenalan dan kali ini mari kita beralih kepada bahagian asal usul Banjar. Asal usul orang Banjar dari mananya???? hmmm…. ahhh sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 2 pendekatan yang menyatakan mengenai asal usul orang Banjar ini. Pendekatan yang pertama ialah       pendekatan primordialisme yang telah dikemukan oleh Alfani Daud dan pendekatan kedua ialah pendekatan konsruktifis atau situasionalis yang pada mulanya dikemukan oleh Idwar Saleh (1986) lalu dikembangkan oleh Marko Mahin (2004). Apa itu primordialisme dan konsruktifis atau situasionalis ini??... ahhh jangan pening kepala pendekatan-pendekatan ini akan diterangkan lebih lanjut dibahagian seterusnya ^_^.


Pendekatan primordialisme

Penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan iaitu selain Kabupaten Kota baru ini adalah pandangan mengikut Alfani Daud. Terdapat beberapa kaum Banjar dalam pendekatan primordialisme ini ialah Banjar Pahuluan, Banjar Batang, Banjar Batang Banyu, Banjar Kuala, Banjar Alai dan Banjar Kaluak. Hal ini sebenarnya mereka tersebut telah diketahui berasal dari penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya yang lebih dari seribu tahun lalu. Hal ini juga yang menjadikan kaum Banjar ini wujud menjadi pelbagai kerana berdasarkan kesan daripada pencampuran penduduk asli yang dikenali secara umumnya sebagai suku Dayak.
Ahh… mesti anda tertanya-tanya bagaimana orang Banjar Pahuluan ini ???? orang Banjar Batang Bayuh ini .. dan lain-lain seperti yang telah saya nyatakan seperti di atas???..Hmm mari saya terangkan bagi setiap beberapa kaum Banjar tersebut. Pertama Sekali penduduk yang mendiami atau asal dari daerah lembah sungai-sungai (berdekatan dengan sungai-sungai) yang berhulu ke pengunungan meratus ini ialah penduduk orang Pahuluan pada asasnya dan manakala orang Banjar Batang Bayuh ini pula mendiami di kawasan lembah sungai sedangkan orang Banjar Batang Kuala mendiami di kawasan daerah sekitar Banjarmasin dan Martapuri.
Pendekatan ini menggunakan bahasa yang telah dikembangkan oleh mereka dikenali sebagai bahasa Banjar (bahasa melayu) yang juga sama penggunaannya seperti penduduk yang berada di daerah asalnya iaitu di Sumatera atau di sekitarnya dengan terdapat pelbagai kosa kata yang berasal dari kaum Dayak dan Jawa itu sendiri. Nama Banjar ini diperolehi sejak dari dulu kala dan dihapuskan pada tahun 1860. Hal ini dimana pada masa tersebut warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, yang juga sesuai dengan nama ibu kota mereka pada masa ia mula pembangun.Nama Banjar ini telah disebarkan dari ibukota ke pedalaman dan berakhir di Martapuri, nama Banjar tersebut dapat diterima oleh semua penduduk di seitarnya serta tiada perubahan mengenainya.

Pendekatan Konsruktifis atau Situasionalis

Ahhh…sekarang pasti anda sudah memahami mengenai pendekatan pertama tadikan…. Apa itu pendekatan Konsruktifis atau Situasionalis???.... pendekatan itu adalah pendekatan yang kedua, mari ke bahagian seterusnya (maklumat lanjut) pendekatan ini. Pada sebelum dan awal pembangunan Kesultanan Islam Banjar membangun,entik Banjar pada waktu itu belum mempunyai identity suku atau agama dan hanya dengan merujuk pada kawasan tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka (menurut Idwar Saleh).
Idwar Saleh ini telah menyimpulkan bahawa suku kaum Banjar ini terdiri daripada tiga subetnik berdasarkan kawasan tempat tinggal mereka dan ciri pembentukan suku iaitu Banjar Pahuluan ialah campuran Melayu dan bukit yang menjadi sebagai cirri kelompok ,Banjar Batang Bayuh ialah campuran Melayu,Lawangan,Bukit,Jawa dan Maayan yang menjadi ciri kelompok dan Banjar Kuala ialah  campuran Melayu, Barangas, Bakumpai, Maayan,Jawa,Bukit dan Ngaju yang menjadi ciri kelompok.






PENGHIJRAHAN KE SUMATERA DAN MALAYSIA

Setiap sesuatu kaum tersebut pasti akan berlaku perubahan terutamanya dalam cara hidup mereka sendiri. Hal ini mari kita lihat bagaimana penghijrahan orang Banjar ini sehhingga menjadi sebagai orang Banjar Malaysia. Anak cucu bagi para penghijrahan etnik Banjar ini ialah suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia yang datang dalam gelombang migrasi yang besar. Hal ini berlaku dengan cara pertama pada tahun 1780 terjadi pendatang besar-besaran ke Pulau Sumatera.
Entik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara kerajaan Banjar iaitu Pangeran tahmidullah. Hal ini juga telah memberi kesan pada mereka sehingga mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar sebagai musuh politik mereka telah dijatuhkan hukuman mati.
Peringkat seterusnya iaitu yang kedua ialah yang berlaku lagi pada tahun 1862 penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera.Para pendukung Pangeran Antasari dalam perang Banjar ini yang menjadi satu entik Banjar yang melakukan penghijrahan tersebut. Kesan daripada itu, mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di  Kota Martapura atas alas an yang sama juga. Pada ketika itu kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar ini telah dikuasai oleh pasukan Residen Belanda yang merupakan musuh mereka.
Pada peringkat yang terakhir ke-3 ini berlaku pada tahun 1905 entik Banjar kembali lagi melakukan penghijrahan besar-besaran ke Pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana sultan Muhammad Seman yang menjadi raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.
Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 semasa pemerintahan Sultan Isa sebelum raja terakhir (raja Indragiri). Dalam pada masa tersebut , suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke Negari Kedah,Perak(Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh),  Selangor (Sabak Bernam,Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat), dan di bahagian Malaysia Timur Sabah ( Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) serta bagi Sarawak (Kuching, Sri Aman).

HUBUNGAN DENGAN KAUM DAYAK
Seperti yang saya kata bahawa orang Banjar ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dengan orang Dayak. Mari kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan hubungan orang Banjar ini dengan kaum Bayak seperti berikut :
Keadaan hubungan yang terjalin ini telah menyebabkan beberapa kaum Dayak masuk islam dengan budaya suku Banjar menggelarkan diri mereka sebagai orang Banjar serta telah menganggap suku Banjar tersebut sebagai saudara. Hal ini berlaku atas dasar kebanyakan suku Dayak dan Banjar berkahwin termasuk pada peringkat raja.
Seperti contoh Biang Lawai isteri kepada raja Banjar adalah dari etnik Dayak Ngaju satu hubungan mereka menjadi lebih kuat apabila mereka berdepan dengan penjajahan melalui cara bersama-sama berperang dan beberapa pejuang juga terlibat dalam perang Banjar adalah etnit Dayak contohnya Panglima Batur dari etnik Dayak Siang Murung, Panglima Wangkang, ayahnya Dayak Bakumpai dan Panglima Batu Batol (Temenggung Marha Lahew), pahlawan wanita yang menyerang kubu Muara Tewer pada tahun 1864 sehingga tahun 1864.


ASAL-USUL MASYARAKAT BANJAR DI MALAYSIA
Ahh.. sebentar tadi anda telah mengetahui berkaitan kaum Dayak dan kaum Banjar pada asalnya. Kali ini pula saya ingin membawa anda kepada mengenali asal-usul masyarakat Banjar yang berada di Malaysia ini. Masyarakat Malaysia terkenal kerana mempunyai pelbagai kelompok etnik.

Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengenali diri melalui sesuatu warisan sesama, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap Identiti. Etnik   dipupuk   dengan cara  membezakan kelompok   diri   daripada   kelompok   yang   lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku. Dalam proses sebegini ia dikenali sebagai etnogenesis. Salah satu golongan etnik yang besar ialah etnik  Banjar.  Seperti golongan etnik   lain,   orang   Banjar   juga   merupakan   satu   golongan   yang   kompleks   dan mempunyai  sejarah yang tersendiri di negara ini.
Orang Banjar  adalah tergolong dalam   rumpun   bangsa   Melayu.  Walaupun   begitu,   tidak   banyak   yang   diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali   walaupun   kedua-dua   masyarakat   ini   mempunyai   latar   belakang  penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia. Satu   hal   yang   agak   menarik   juga,   kedua-dua   masyarakat   tersebut   tinggal   di kawasan   petempatan   yang   berdekatan   di   Malaysia,   contohnya   di   daerah   Batu Pahat, Johor, daerah  Sabak  Bernam   dan  Tanjung  Karang,   Selangor   dan   daerah Bagan   Datoh   di   Perak. Hal ini berlaku  sehingga   kini,   belum   ada   penulisan   yang   benar-benar lengkap  tentang sejarah kedatangan  atau  perkembangan  masyarakat  tersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik bangsa   Melayu   khasnya   di   negara   ini   secara   keseluruhannya   tidak   kurang pentingnya.


Selain daripada itu juga, orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimatan, Indonesia   di   kawasan   selatan   Basin   Barito,   terutama   sekali   dari   daerah   Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah utama tempat asal orang Banjar  tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margas. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumantera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani mahir dalam penanaman padi.
Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dan Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.
Tarikh   migrasi   masyarakat   ini   ke   Tanah   Melayu   tidak   dipastikan,   tetapi menurut Afred Bacon Hudson merupakan pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke-19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga  kelapa kering  melalui  Siak, Bentan,  Inderagiri terus ke  Batu Pahat dan Singapura.   Selain   daripada   itu   Bagan   Dato, tahukah anda bahawa negeri  Perak  di   katakan   tempat pertapakan awal masyarakat orang banjar ini di Tanah Melayu. Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain.
Mereka masih lagi menjalankan   aktiviti   yang   serupa   seperti   bertani,   berkebun   getah,   kelapa   dan sebagainya.   Pada   masa   kini,   masyarakat   Banjar   boleh   di   dapati   di   beberapa kawasan   pantai   barat,   terutamanya   di   kawasan   penanaman   padi   seperti   daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Dato, Perak, Sabak Bernam dan Tanjung Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau seperti yang telah saya katakan pada bahagian penerangan sebeum bahagian ini. Orang  Banjar  ini pula   terbahagi kepada   beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan Anumtai dari Amuntai, Barabai, dari daerah Alai, Negara dan Kandangan dari daerah Hamandit,   Rantau   dari  daerah   Margasari  dan   Martapura   dari   daerah   Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat .
Seperti contoh tempat saya iaitu Bagai Serai ,Perak dan anda boleh klik di video di bawah ini serta anda boleh juga mendengar lagu dalam bahasa Banjar ini.

CIRI-CIRI MASYARAKAT BANJAR

Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal orang Banjar  di  Tanah Melayu ini??? Ahh ia merupakan dengan cara melalui sosio budaya orang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Terdapat ciri-ciri   yang   dominan   dan   ketara   pada   masyarakat   ini   yang   membezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu. Di antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah, fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana, berani dan sedikit sifat negatif iaitu panas baran mereka.

Kini,   orang   Banjar   di   Malaysia   sebagaimana   masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mandailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya   perkahwinan   campur.   Program   pendidikan   di   negara   ini   juga   sedikit sebanyak   telah   mengasimilasikan   masyarakat   ini   ke   dalam   masyarakat   Melayu tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama manusia. Begitu juga dengan  orang-orang tua, mereka hanya bercakap dalam bahasa Banjar sesama kenalan atau  saudara  yang sebaya dengan  mereka kerana  anak muda sudah tidak tahu berbahasa Banjar. Kalau pun mereka faham tetapi mereka masih tidak mampu untuk betutur  dalam bahasa Banjar.  Bahasa  yang dituturkan oleh masyarakat Banjar zaman sekarang sudah bercampur dengan loghat daerah, mungkin hanya ada beberapa patah sahaja bahasa Banjar yang disebut.

Hal ini kerana sifat mereka yang suka merantau masih membara di jiwa mereka. Buktinya apabila   adanya   pembukaan   tanah-tanah   rancangan   sama   ada   oleh   FELDA mahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk menjadi   peserta.   Kini,   orang   Banjar   juga   banyak   di   dapati   di   kawasan-kawasan tanah rancangan contohnya, di negeri Pahang. Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar, perpaduan   mereka   masih   erat   dan   mereka   masih   terus   memelihara   dan menggunakan   bahasa   Banjar   dalam   pertuturan   harian.

Namun,   dari   segi pengamalan  adat   resam   dan  organisasi  sosial   orang   Banjar  serta prasangkanya erhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan mempunyai pengangan jawatan-jawatan yang tinggi  di sektor  awam  mahupun swasta.

Namun begitu,   pendidikan   agama   masih   tetap   menjadi   pilihan   utama. Hal ini kerana   kebanyakan dalam golongan mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam, di Selangor.

ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR


Kini kita beralih kepada mengenali adat reasam yang telah dipelihara dari generasi ke generasi. Hal ini kita boleh dilihat seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat Banjar   juga   berlangsung   dalam   keadaan   meriah,   tetapi   dalam   suasana   cukup ringkas. Sebelum upacara perkahwinan berlangsung, mereka tidak ada adat merisik ini   kerana   dalam   masyarakat   Banjar   zaman   dahulu,   perkahwinan   mereka berlangsung antara sesama saudara, seperti sepupu dan sebagainya. Mungkin juga kerana kuatnya pegangan mereka kepada agama menyebabkan mereka menolak beberapa elemen tidak bersesuaian dan pembaziran.
Pensyarah Jabatan Pengajian Jabatan   Melayu,   Institut   Perguruan   Sultan  Abdul   Halim,   Khairi   Muhammad   Nor, berkata  upacara ini bermula  apabila kedua-dua belah pihak  berkenaan, keluarga lelaki   berjanji   akan   datang   ke   rumah   perempuan,   dan   selalunya   mereka   datang selepas waktu Isyak. Dalam majlis ini, tiada acara berbalas pantun antara kedua-dua belah pihak seperti yang popular dalam masyarakat Melayu lain.


”Sebaliknya pihak lelaki akan menyatakan hajat kedatangan mereka untuk meminang anak perempuan  secara   berterus  terang. Sekiranya  pihak perempuan bersetuju, mereka terus sepakat membuat perjanjian untuk menentukan tarikh bila hendak   diadakan   majlis   perkahwinan.   “Dalam   masyarakat   Banjar,   majlis perkahwinan   selalunya   diadakan   selepas   mengetam   atau   menuai   padi.   Hal   ini kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah membeli beras, sebaliknya boleh menggunakan   beras   yang   diusahakan   sendiri.   “Selepas   rundingan,   masyarakat Banjar dulu biasanya menetapkan perbelanjaan hangus dan mas kahwin sebanyak RM300,   tetapi   sekarang   mencecah  antara RM5,000  hingga   RM7,000   atau lebih.

Ketika tempoh menunggu majlis perkahwinan berlangsung atau sepanjang tempoh bertunang, menurut adat  masyarakat  Banjar, kedua-dua bakal  pengantin dilarang sama sekali untuk berjumpa. Di samping itu,ibu pihak lelaki akan menyuapkan gula kepada bakal pengantin  perempuan  menggunakan sudu agar  segala percakapan yang manis  sahaja diuatarakan dan bukannya kata-kata nista dalam perkahwinan kelak.




Majlis   akad   nikah   dalam   masyarakat   Banjar   akan   diadakan   seminggu sebelum  majlis   kenduri   berlangsung.  Majlis  akad   nikah   biasanya   dilakukan   pada waktu  siang, dalam suasana cukup  ringkas  di rumah Tok  kadhi. Upacara  ‘mandi adat’   atau   ‘berpapai’   dijalankan   ditempat   khas   yang   dipanggil   balai,   diperbuat aripada empat batang tiang, dan pada setiap batang tiang diikat dengan  empat batang tebu. Pada setiap batang tebu itu pula diikat mayang pinang dengan benang kuning dan digantung buah pisang, ketupat, dan kuih cincin pada balai itu. Dalam kawasan   balai,   ada   bidan   atau   pembantu   untuk   memandikan   pengantin   dengan menggunakan   upih   pinang.


Pengantin   lelaki   akan   pergi   ke   rumah   pengantin perempuan untuk  mandi  bersama atau ‘mandi  adat’  dan  acara  ini dilangsungkan antara jam   5 hingga 6  petang.  Persandingan adat Banjar begitu unik. Mereka disandingkan di tengah laman, di atas buaian sambil dipersembahkan pencak silat sembah pengantin dan diiringi paluan dua biji gendang serta satu gong. Ketika majlis persandingan ini berlangsung idak   ada   upacara   merenjis   pengantin,   sebaliknya   hanya   ada   salam   pengantin. Selain itu, pada hari persandingan itu juga, satu majlis khatam al-Quran pengantin diadakan dan tetamu diberi bunga telur sebagai kenangan. Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya   tersendiri.   Hal   ini   sesuai   dengan   masyarakat   tersebut   yang   mempunyai pegangan   agama   yang   kuat.


Apabila   berlaku   kematian   mereka   akan   mengetuk beduk   bagi   memaklumkan   kepada   penduduk   kampung   bahawa   berlakunya kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh   kali   manakala   bagi   kanak-kanak   sebanyak   tiga   kali.   Mereka   akan   datang menziarahi   serta   membacakan   surah   Yasin   serta   al-Quran.  Menjelangnya   subuh mereka akan menumbuk  tepung   beras   untuk dibuat  serabai   ,  menyediakan gula waluh   dan   ayam   bapak. Ayam  bapak   ini   dipercayai  dapat   menggerakkan  mayat terbabit di akhirat kelak.
Urusan   pengkebumian   jenazah   dilakukan   oleh   orang   kampung   tanpa sebarang   bayaran   sebaliknya   bergotong-royong   untuk   urusan   mandi,   kafan,   gali kuburdan sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 orang  jemaah  maka  penduduk  dari  kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang. Untuk   mengebumikan   jenazah   pula  keranda   tidak   digunakan   sebaliknya   jenazah diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung   tersebut   dibuat   daripada   dua   batang   buluh.   Anak-anak   pula   akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah.

Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia isteri   tiada   tempoh   berkabung   untuk   isterinya   pergi   ke   mana-mana.   Masyarakat Banjar   juga   akan   mengadakan   kenduri   tahlil   dan   bacaan   Yasin   iaitu   pada   hari pertama,  kedua, ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40  dan penutupnya   hari yang  ke-100, Setahun sekali juga akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah





PANTANG LARANG MASYARAKAT BANJAR


Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan  masyarakat Melayu yang lain. Jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Perkara ini disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang. Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama.  Jangan buat tidak endah  sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila ada orang yang datang dan duduk di hadapan  kita,   jangan   memalingkan   muka   atau membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain.


Penggunaan air pelongsor yang sekarang ini disebut air selusuh, begitu popular dalam  masyarakat Banjar dan masih digunakan sehingga kini untuk tujuan mudah melahirkan anak. Tempoh berpantang dalam masyarakat Banjar untuk ibu lepas bersalin adalah 44 hari. Amalan dalam berpantang juga kuat diamalkan orang dahulu. Hari-hari minum air halia, makan ikan bakar bersama air asam bawang putih bersama   lada.   Banyak   jenis   makanan   yangi   tidak   berani   untuk   memakannya terutama yang berangin dan sejuk seperti kacang panjang.  Selepas bersalin, wanita Banjar gunakan barut sepanjang bermeter-meter Dalam balutan tebal itu dimasukkan pelbagai jenis herba di dalamnya. Ada halia, jintan   manis   dan   bawang   putih.   Orang   Banjar   pandai   dengan   pemilihan   herba kerana   di   sekitar   kampung   memang   ada   bahan-bahan   sebegitu.   Bau   rempah- rempah ini cukup wangi dan mengujakan.



KEBUDAYAAN MASYARAKAT BANJAR
Budaya   berendoi   dan   cukur   jambul   sangat   sinonim   dalam   masyarakat Melayu. Lain ekniknya, lain pula cara mengendalikannya tetapi semuanya menjurus kepada kaedah yang hampir sama iaitu adanya marhaban dan diikuti dengan tetamu yang hadir menggunting sebahagian rambut sebagai mengambil syarat upacara itu. Biasanya, bayi diletak dalam buaian yang dihias indah. Diletak bantal di kiri kanan untuk manambah keselesaannya. Pendek kata, anak kecil itu diraikan begitu istimewa. Apa saja cara dilakukan untuk memastikan dia selesa dalam sesak orang ramai.   Tangisnya   cepat   diredakan   supaya   tidak   terasa   tertekan   dan   gelisahnya ditangani sebaiknya. Lain pula halnya dengan masyarakat Banjar. Budaya berendo mereka unik sekali.
Melihat kepada bagaimana mereka meletak anak dalam buaian seperti menyeksa bayi. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi. Budaya itu dinamakan ‘bapukung’ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dulu hingga hari ini. Kaedah meletakkan anak dalam buaian pelik dan kelihatan menyeksakan. Di mana saja, tidak kira di rumah atau di kebun, bayi  diletak   dalam   buaian dengan   cara   sama.   “Bayi   seawal  usia  sebulan  suda boleh   dipukung.   Bayi   akan   rasa   lebih   selesa   berbanding   kaedah   buaian   biasa Memang nampak macam terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Ada yang sampai lebih setahun pun mahu dipukung. Ada yang ketagih, tidak dapat bakupung,tidak boleh lena.

“Jika kanak-kanak menangis, merengek, perut tidak selesa, suka meragam atau kena sawan tangis, bakupung boleh menyelesaikan masalah itu. Pendek kata, bapukung bukan sekadar kaedah buaian tetapi juga satu penawar. Semua orang Banjar tahu bagaimana buat  bapukung,  cuma sekarang tidak ramai guna cara ini sebab tidak ada buaian kain di rumah. “Uniknya, bapukung ialah kedudukan bayi itu  sendiri. Jika kaedah buaian biasa, bayi terbaring dan melihat ke langit, bapukung membolehkan bayi duduk dan lihat ke depan sekali gus membuatkan dia rasa lebih selamat.   Sekurang-kurangnya   bayi   boleh   melihat   keadaan   sekeliling   dan   tidak bosan.
I.      MAKANAN TRADISI ORANG BANJAR

Baca adat sudah, baca budayapun sudah …… seperti yang kita ketahui bahawa makanan tradisi ini mampu untuk menarik para pelancong untuk berkunjung ke suatu destinasi tersebut. Kita boleh lihat dalam Jalan-jalan cari makan, mereka melancong ke tempat hanya dengan tujuan merasa makanan sahaja. Tercari-cari dimana bahagian makanan tradisi suku kaum banjar ini? ahhh mari saya bawa anda ke bahagian makanan tradisi kaum banjar ini yang mempunyai pelbagai jenis  makanan tadisi yang sedap…… ^_^ seperti berikut:

Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Banjar mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Wanita Banjar di Kampung Tebuk Mantau, Harison Jafar, 60, berkata ada pelbagai jenis kuih dalam masyarakat Banjar dengan yang paling popular ialah kuih cengkaruk batu, kalakatar, wadai kepeng, balungan hayam, kalalapun (buah melaka), batil pisang (lengat) dan dadar gulung (ketayap).



Wak Wadik / Pakasam Berabai



Iwak Wadik atau Pakasam Berabai juga adalah sejenis makanan berasaskan ikan sungai yang diperap dengan garam supaya dapat disimpan dan tahan lebih lama. Antara ikan-ikan yang menjadi kegemaran orang Banjar untuk dijadikan wadik ialah ikan sepat, puyu dan lampam. Iwak wadik mempunyai persamaan dengan pekasam, namun terdapat sedikit perbezaan iaitu melebihkan penggunaan ‘uyah’ atau garam berbanding asam.

Proses membuatnya seperti berikut:

1.  membersihkan ikan-ikan sungai yang telah disiang dan dicuci dengan air .

2.  kemudiannya digaul dengan garam kasar kemudian diperam selama 2 atau 3 hari.

3.  Selepas melalui proses pengeraman, ikan-ikan tadi dibersihkan dengan air kemudian ditoskan untuk mengeringkan ikan tersebut .

4.  ikan-ikan tersebut digaul dengan beras yang disangai tanpa minyak.

5.  kemudiannya ditumbuk hancur, dimasukkan ke dalam balang kedap udara dengan campuran asam jawa atau asam keeping dan sedikit gula merah.

6.  Ikan-ikan tersebut akan diperam sekurang-kurang seminggu sebelum ia menjadi iwak wadik.

7.  kemudiannya digoreng bersama bawang merah dan cili padi serta dimakan bersama nasi putih panas bersama lauk pauk yang lain .

Dengan ini anda boleh la klik video tersebut:




Wadai Kipeng/Gayam




Wadai Kipeng atau dengan sebutan lain oleh masyarakat Banjar suku Alai iaitu Gayam adalah sejenis masakan tradisional Banjar yang mempunyai sedikit persaman seperti puteri mandi dan bubur candil. Wadai Kipeng/Gayam diperbuat daripada tepung pulut yang digaul dengan air garam dan kapur kemudiannya diuli menjadi bebola kecil.
Wadai kipeng ini anda boleh klik juga video tersebut ^_^.




Mandai/Hampapai





Mandai/hampapai atau jeruk kulit cempedak adalah sejenis makanan tradisi orang Banjar yang diperbuat dari kulit cempedak yang dijeruk dengan air garam. Kulit cempedak yang telah dibuang bahagian luar/durinya, dipotong menjadi beberapa bahagian dan kemudiannya dibersihkan.

Kulit cempedak yang telah dipotong dan dibersihkan, dimasukkan ke dalam balang kedap udara dan dijeruk bersama air garam sekurang-kurang selama seminggu. Setelah dijeruk, kulit cempedak tersebut dikeluarkan, dibersihkan dan ditoskan sebelum dipotong kecil kemudiannya digoreng berama bawang merah, ikan bilis dan cili padi. Seperti juga Iwak wadik, mandai enak dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain.



Nasi Gaul





Nasi Gaul adalah masakan yang terkenal bagi masyarakat Banjar di Johor. Kaedah memasak nasi gaul bermula dengan memasak ayam atau daging yang telah diperap beberapa jam bersama sos cili, sos tomato, bahan-bahan kisar dari bawang putih, bawang merah dan halia, lada sulah, sedikit garam dan susu cair.

Ayam atau daging yang telah diperap, akan dimasak dahulu dengan minyak sapi atau minyak zaitun sehingga ayam atau daging tadi empuk. Setelah ayam atau daging tersbut siap dimasak, kuah ayam atau daging tadi akan dimasak bersama beras basmathi seperti memasak nasi tomato. Nasi yang telah masak dimakan bersama lauk ayam atau daging serta acar timun yang juga digaul bersama kuah ayam atau daging tadi. Masyarakat Banjar khususnya di Johor menjadikan nasi gaul sebagai juadah ketika mengadakan majlis-majlis marhaban, yasinsn serta keduri tahlil dan doa selamat.



Gangan Ba-sahang





Gangan ba sahang atau kuah lada hitam adalah sejenis masakan Banjar yang biasanya disediakan untuk ibu-ibu yang sedang berpantang selepas bersalin di kalangan orang-orang Banjar.

Proses membuatnya seperti beikut;
merebus  air asam jawa, lada hitam yang telah ditumbuk kasar, bawang putih dan sedikit garam.
Bawang putih tidak dihiris sebaliknya hanya dibuang kulitnya sahaja.
Pada kebiasannya, masyarakat Banjar memasukkan ikan haruan kering ke dalam gangan ba sahang. Terdapat juga orang Banjar memasukkan sayur daun ‘kusisap’ atau daun kermak ke dalam kuah lada hitam tadi.

Gangan Waloh Humbut Nyior





Gangan waloh humbut nyior atau masak lemak labu dan umbut kelapa adalah juadah yang biasa disediakan oleh masyarakat Banjar ketika kenduri doa selamat atau pada majlis rewang/gotong royong kenduri. Masakan ini dimakan dengan nasi putih beserta ikan sepat karing/garinting dan sambal belacan.

Proses membuatnya seperti berikut:
Labu dan umbut kelapa dimasak bersama santan, udang kering atau ikan bilis serta hirisan bawang merah, bawang putih dan cili merah.
Umbut kelapa diambil dari bahagian dalam batang pokok kelapa yang lembut berhampiran pucuk pokok kelapa.
Gangan Balaos




Gangan balaos atau gulai kari lengkuas adalah sejenis masakan kari atau gulai masyarakat Banjar.  Laos dalam bahasa Banjar bermaksud lengkuas.
Proses membuatnya seperti berikut:
memasak gulai kari biasa, namun ia ditumis dengan cili kering, lengkuas, kunyit, bawang merah dan putih yang dikisar halus kemudian ditumis dengan sedikit rempah kari
Beberapa helai daun kunyit dan serai yang telah dititik ditumis bersama bahan-bahan kisar.
ayam atau daging dimasukkan bersama santan, potongan kentang, asam keping serta garam secukup rasa
Untuk pengetahuan anda ayam atau daging dimasukkan bersama santan, potongan kentang, asam keping serta garam secukup rasa.



Tapai Pulut Hijau





Tapai pulut hijau banjar agak berbeza dengan tapai pulut yang biasa dari sudut warna, rasa dan aromanya. Warna hijau tapai terhasil daripada air tapisan air perahan daun cekur manis atau pucuk kato dalam bahasa Banjar. ‘Sahang’ atau Lada hitam juga digunakan dalam proses membuat tapai pulut hijau dengan memasukkan beberapa biji lada hitam ke dalam air gula yang dilarutkan dengan air suam. Nasi pulut yang telah ditanak disejukkan dahulu sebelum memasukkan ragi. Tapai pulut hijau Banjar dibungkus menggunakan daun pokok getah atau daun keladi. Tapai pulut hijau Banjar biasanya disediakan ketika masjlis-majlis kenduri masyarakat Banjar.



ii.      PAKAIAN TRADISI ORANG BANJAR
Dari   segi   berpakaian,   memang   orang   Banjar   ada   pakaian   tradisinya   dan kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori.
Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa   kaum   lelaki   Banjar   adalah   seluar   panjang   yang   menutup   kaki.   Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian   ini   ditambah   dengan   kain   sarung   yang   diletakkan   di   bahu.   Sedangkan dalam acara-acara rasmi  seperti  menghadiri  upacara  adat   seluar   diganti   dengan kain   sarung.   Warna   yang   digunakan   oleh   remaja   lebih   terang,   dominan   seperti warna kuning.
Lelaki yang telah berusia bagi  masyarakat  Banjar pula mengenakan baju palimbangan,  iaitu kemeja  berlengan  panjang dengan leher  baju bulat  dilengkapi dengan   butang   lima   dan   mempunyai   poket   sebanyak   tiga   buah.   Pasangannya digunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling, sejenis sarung terbuat dari katun   atau  sutra   bermotif   garis-garis  melintang   dan   membujur.  Sebagai   penutup kepala digunakan kopiah dari kain beludru, kain satin (kupiah Padang) atau kupiah jangang. Alas kakinya ada berbagai jenis, iaitu sandal kalipik, sandal tali silang, dan selop.





ii.      RUMAH TRADISI ORANG BANJAR


Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur tradisional ciri-cirinya   yangmempunyai   perlambang,   mempunyai   penekanan   pada   atap, ornamental, dekorasi dan simetris.
Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya dan   ukirannya   yang   tersendiri   mulai   sebelum   tahun   1871   hingga   tahun   1935. Umumnya rumah tradisional  Banjar dibangun dengan  beranjung  (ba-anjung) iaitu sayap   bangunan   yang   menjorok   dari   samping   kanan   dan   kiri   bangunan   utama kerana   itulah   disebut   Rumah   Baanjung.   Anjung   merupakan   ciri   khas   rumah tradisional   Banjar,   walaupun   ada   pula   beberapa   jenis   Rumah   Banjar  yang   tidak beranjung jenis rumah yang paling bernilai tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton (Dalam Sultan). Jadi nilainya sama dengan rumah joglo di Jawa yang diguna sebagai keratin.
Keagungan   seorang   pemimpin  pada   masa   pemerintahan   kerajaan   diukur oleh jumlah ukuran dan kualiti seni serta kemegahan bangunan-bangunan kerajaan khususnya istana raja (Rumah Bubungan Tinggi).  Dalam suatu perkampungan suku Banjar terdiri  dari  pelbagai   jenis rumah Banjar  yang   mencerminkan   status sosia mahupun status ekonomi pemilik rumah. Dalam kampung tersebut rumah dibangun dengan   pola   linear   mengikuti   arah   aliran   sungai   mahupun  jalan   raya   terdiri   dari rumah yang dibangun mengapung di atas air, rumah yang didirikan di atas sungai mahupun rumah yang didirikan di daratan, baik pada lahan basah (alluvial) mahupun ahan kering.
Ahhh….. ^_^ di sini anda boleh melihat lebih jelas bagaimana rupa
dan bentuk binaan rumah orang Banjar dengan cara klik    ke video di bawah ini ^_^.

ii.      SENI TARIAN
Memang agak sukar untuk dipastikan sama ada dalam masyarakat Banjar, tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu. Hal ini mungkin berikutan daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai masyarakat yang tinggi pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah asal, berkemungkinan a tidak dibawa ke sini.
Cuma   perbezaaan   etnik   Banjar   dengan   etnik   yang   lain   adalah   dari   segi berpakaian. Hal ini kerana, orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang urut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya juga ringkas dan sekadar mencerminkan   imej   masyarakat   itu   yang   menjadi   petani.   Tidak   seperti   pakaian tradisi   etnik   yang   lain,   sarat   dengan   aksesori.   Jika   diperhatikan,   sebenarnya masyarakat   Banjar   mempunyai   rentak  muzik   yang   tersendiri  kerana   rentak yang diiramakan   mengadaptasi   kegiatan   harian  etnik   dan  cara   hidup  yang   diamalkan Tarian   yang   terdapat   dalam   etnik   ini   mengadaptasi   kegiatan   harian   ini   dengan menyelitkan   elemen   kelembutan   dan   nilai   seni   tradisional   yang   tinggi   selain membuktikan   bahawa   etnik   ini   sangat   mementingkan   pengekalan   busana   asal masyarakat ini.
Tarian yang ditarikan mempamerkan kelembutan gadis Banjar menyambut tetamu dengan kata-kata indah serta lemah-gemalai  gerak  seni   tari   yang   dicipta melambangkan   seni   tari   kreatif   dan   keindahan   bahasa   dilafazkan.   Secara kesimpulannya, jika dilihat sekali pandang, tarian yang memang lemah lembut ini sedikit menyerupai tarian inang di mana penarinya hanya menggerakkan tangan dan melangkah lembut tanpa gerak yang tangkas. Ulik tangan pun sekadar melentik ke kiri dan ke kanan penuh kelembutan.

ALAT MUZIK ORANG BANJAR
Terdapat beberapa alat muzik yang digunakan dalam tarian-tarian orang Banjar ini antaranya ialah seperti berikut:
1)  Panting



Panting ini merupakan alat muzik yang dipetik dengan berbentuk seperti gambus Arab tetapi ukurannya lebih kecil. Panting ini juga merupaka alat muzik dari Kalimantan selatan, pada umumnya adalah orang atau masyarakat Banjar. Tokoh yang paling terkenal sebagai pemain Panting ini adalah A. Sarbaini serta kumpulan-kumpulan muzik Panting yang lainnya. Akan tetapi sekarang ini seiring dengan adanya perkembangan zaman kumpulan-kumpulan muzik Panting ini menjadi semakin sedikit bahkan ianya juga jarangg ditemui.
2)  Kurindin / Guriding




Selain itu , Kurindin ini merupakan alat muzik yang pada asalnya ialah Kalimantan Selatan yang diperbuat daripada Bambu. Nama bagi alat muzik ini diberikan oleh Penduduk Hulu Sungai Tengah dan Desa Harakit Kabupaten Tapin.

3)  Kalang Kumpak


Kalang Kumpak ini merupakan alat muzik tradisional Suku Bukit. Masyarakat Dayak Maanyan menyebut kalang kumpak dengan nama “salung” yang berfungsi untuk menghiburkan petani di lading dan untuk mengusir binatang buas.
4)  Terbang sendiri


Alat muzik ini ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu dengan berbentuk bulat serta lubang ditengahnya. Apa yang uniknya alat muzik ini ialah lubang tersebut ditutup dengan kulit binatang yang apabila dipukul atau dimainkan akan mengeluarkan bunyi dan nada yang sesuai dengan bentuk kayu tersebut.Alat ini boleh didapati dibeberapa daerah di Indonesia seperti Provinsi Banten atau di Jakarta.
5)  Kintung



Alat ini termasuk alat muzik pentatonic dikatakan sejenis alat muzik perkusi. Hal ini kerana bunyi dihasilkan dengan cara memukul pada sebuah potongan kayu yang bundar. Untuk pengetahuan anda alat ini berjumlah 7 buah dan masing-masing mempunyai nama yang tersendiri iaitu Hintalu randah, Hintau tinggi, Tinti pajak, Pindua randah ,Pindua tinggi dan gorok tuha.


  
BAHASA ORANG BANJAR

Tadi anda telah mengetahui dari sejarah orang Banjar,makanan,pakaian tradisi,tarian dan kini kita ke bahagian mengetahui bahasa orang Banjar ini pula adalah seperti berikut:
Bahasa banjar adalah satu bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh suku adalah cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Bahasa ini berasal dari provinsi Kalimantan Selatan yang terdiri daripada Banjar Kandangan, Amuntai Alabiu,   Kalua,  Alai   dan   lain-lain.   Bahasa   Banjar   dihipotesiskan   sebagai   bahasa roto-Malayik sama seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).
Selain Kalimantan Selatan, bahasa Banjar yang asalnya berupa bahasa suku kaum juga menjadi  lingua franca  di kawasan-kawasan lain, iaitu Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur serta di daerah Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, sebagai bahasa perantaraan sesama suku.
Bahasa banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa-bahasa  Dayak. Bahasa  Banjar   dipercayai   mempunyai   hubungan   dengan  bahasa perkembangannya, bahasa Banjar nampaknya terlalu banyak meminjam perkataan dari bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa asing. Namun demikian, bahasa banjar berada dalam kategori yang masih jauh dari kancah kepupusan kerana ia masih digunakan  sebagai  bahasa perbualan seharian oleh  masyarakat  banjar  mahupun pendatang. Kini, bahasa Banjar sudah diajarkan di sekolah-sekolah di Kalimantan Selatan sebagai mata pelajaran setempat. Jika diperhatikan,   para penutur   bahasa  Banjar  dapat  dikenal  pasti adanya kelainan-kelainan dalam pengucapan atau perbezaan kosa kata sesama kelompok oghat iaitu Bahasa banjar Hulu Sungai atau Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala.
Loghat Banjar Kuala pada umumnya ditutur oleh penduduk asli sekitar kota Banjarmasin, Martapura dan Pelaihari, manakala dialek Banjar Hulu pula ditutur oleh penduduk   daerah   Hulu   Sungai   umumnya,   iaitu   kawasan   Kabupaten   Tapin,   Hulu Tabalong.   Penutur   dialek   Banjar   Hulu   ini   jauh   lebih   luas   dan   masih   kelihatan beberapa   kelainan   subloghat   lagi   yang   disebutkan   oleh  Amuntai,  Alabiu,   Kalua Kandangan, dan Tanjung.
Selain itu, Den Hamer amat berpendapat bahawa bahasa yang dipakai oleh orang Bukit iaitu penduduk pedalaman pergunungan Meratus, merupakan salah satu subdialek   Banjar  Hulu   juga   dan   mungkin   subloghat   baik  Banjar   Kuala   mahupun  Banjar Hulu itu masih banyak lagi, jika dilihat banyaknya kelainan penuturan bahasa Banjar   yang   masih   memerlukan   penyelidikan   lanjut   dari   para   ahli   dialektrografi sehingga bahasa Banjar itu dengan segala subloghatnya boleh diletakkan secara teliti   dan  tepat.  Berdasarkan   pengamatan   yang   ada,  perbezaan   kelompok   dialek Banjar  Kuala dengan Banjar Hulu  setidak-tidaknya  ada dua perkara penting iaitu adanya perbezaan  pada kosa  kata  tertentu   dan perbezaan  pada   sebutan fonem tertentu. Di samping itu ada pula pada perbezaan nada dan tekanan meskipun yang terakhir ini bersifat tidak membezakan. Di   bawah   ini   ditunjukkan   perbezaan   beberapa   perkataan   antara   bahasa Banjar Hulu dan Banjar Kuala serta maksudnya di dalam bahasa Melayu.


Banjar hulu
Banjar kuala
Bahasa melayu
Banyu dingin
Banyu dingin
Air sejuk
Gani’i
Dangani
Menemani
Ma-hurup
Ma-nukar
Membeli
Hingkat
Kawa
Dapat/boleh
Aria
Himung
Senang
Balalah
Bakunjang
Bersiar-siar
Linger
Tuang
Tuang
Tuti
Tadih/ hiintadi
tadi
Kadai
Warung
warung
Uma
Mama
ibu




CERITA DONGENG ORANG BANJAR
Hikayat Putmaraga
 Tersebutlah sebuah keluarga miskin yang tinggal di desa Kalampaian. Keluarga itu terdiri dari seorang ibu dan anak lelaki satu-satunya. Putmaraga nama anak lelaki itu. Sepeninggal sang ayah, kehidupan keluarga itu bertambah kesulitan. Kerap Putmaraga dan ibunya merasakan kekurangan.
Pada suatu malam ibu Putmaraga bermimpi didatangi seorang nenek renta. Si nenek renta berujar kepadanya, "Galilah tanah di belakang rumahmu, di antara pohon nangka.”
Keesokan harinya ibu Putmaraga mengajak anaknya untuk menggali tanah di belakang rumahnya sesuai pesan nenek renta dalam impiannya. Tidak mereka duga, mereka menemukan sebuah guci Cina yang sangat besar. Isi guci besar itu membuat ibu Putmaraga dan Putmaraga amat tercengang. Mereka mendapati intan dan berlian yang sangat banyak jumlahnya di dalam guci.

Putmaraga memberikan usulnya, "Kita bawa intan dan berlian ini kepada Kepala Suku. Kita tanyakan kepada beliau, kepada siapa kita hendaknya menjual intan dan berlian ini.”
Ibu Putmaraga setuju dengan usul anaknya. Mereka lantas membawa intan dan berlian temuan mereka itu kepada Kepala Suku.
Kepala Suku menyarankan agar mereka membawa intan dan berlian itu ke Medangkamulan. Katanya, "Raja Medangkamulaan terkenal kaya raya. Ia tentu mampu membeli intan dan berlian kalian yang sangat mahal harganya ini.”
Ibu Putmaraga akhirnya meminta anaknya itu berangkat menuju Medangkamulan. Ia berpesan agar anaknya itu senantiasa bersikap jujur dan tidak sombong. "Lekas engkau kembali setelah berhasil menjual intan dan berlian ini.”
Putmaraga berjanji akan mematuhi semua pesan ibunya. Dengan menumpang sebuah kapal besar milik seorang saudagar, Putmaraga akhirnya tiba di Medangkamulan. Benar seperti saran Kepala Suku, Raja Medangkamulan bersedia membeli intan dan berlian itu dengan harga yang pantas. Raja Medangkamulan malah menyarankan agar Putmaraga tinggal di Medangkamulan.
Putmaraga lantas berdagang. Usaha perdagangannya membuahkan hasil yang banyak baginya. Di Medangkamulan itu Putmaraga terus membesarkan usaha dagangnya hingga beberapa tahun kemudian Putmaraga telah dikenal sebagai seorang saudagar yang sangat berhasil. Ia adalah saudagar terkaya di Medangkamulan.
Raja Medangkamulan sangat terkesan dengan semangat dan usaha Putmaraga. Ia pun menikahkah salah satu putrinya dengan Putmaraga. Usaha dagang Putmaraga kian membesar setelah ia menjadi menantu Raja Medangkamulan.
Putmaraga menyatakan kepada istrinya bahwa ia masih mempunyai ibu. Ia bahkan menjanjikan kepada istrinya untuk menemuinya ibunya. Karena janjinya itu maka istrinya berulang-ulang menyatakan keinginannya untuk bertemu dengan ibu Putmaraga itu. Karena terus didesak istrinya, Putmaraga tak lagi bisa mengelak. Ia segera memerintahkan kepada anak buahnya untuk menyiapkan kapal yang besar lagi mewah miliknya yang akan digunakannya untuk berlayar ke kampung halamannya.

Setelah berlayar beberapa waktu Iamanya, kapal besar lagi mewah milik Putmaraga itu akhirnya merapat di pelabuhan Banjar, di wilayah asal Putmaraga. Dalam waktu tak berapa lama kedatangan Putmaraga dengan kapal miliknya itu menyebar diketahui warga. Kekaguman warga pun tertuju pada Putmaraga, seseorang yang dahulu mereka kenal hidup miskin bersama ibunya.
Tak terkirakan gembira dan bahagianya hati Ibu Putmaraga ketika mendengar kedatangan anaknya. Sampan kecilnya segera dikayuhnya menuju tempat di mana kapal anaknya tengah merapat. Kerinduannya bertahun-tahun kepada anaknya itu hendak dituntaskannya. Seketika mendekati kapal yang besar lagi mewah itu, Ibu Putmaraga lantas menyebutkan kepada penjaga kapal, "Saya ini ibu Putmaraga. Sampaikan kepada Putmaraga, saya ingin bertemu dengannya."
Dari geladak kapalnya, Putmaraga melihat kedatangan ibunya. Mendadak ia merasa malu hati mengakui jika perempuan tua yang berpakaian lusuh lagi kumal itu adalah ibunya. Putmaraga menolak kedatangan ibunya dan bahkan memerintahkan kelasinya untuk mengusir ibunya. Katanya keras-keras seraya bertolak pinggang,
"Usir perempuan tua buruk rupa yang mengaku ibu kandungku itu! Ia bukan ibuku! Ia hanya mengaku-ngaku!"
Tak terkirakan terperanjatnya Ibu Putmaraga mendengar ucapan anaknya. Ia berusaha keras untuk menyadarkan anaknya, namun Putmaraga tetap juga menolak untuk mengakui sebagai anaknya. Bahkan, ketika istrinya pun turut menyadarkan, Putmaraga tetap bersikukuh jika perempuan tua itu bukan ibunya.
Ibu Putiparaga bergegas pulang ke rumahnya. Ia mengambil ayam bekisar jantan dan ikan ruan yang dahulu dipelihara Putmaraga. Seketika ia telah kembali ke kapal besar milik Putmaraga, ia pun menunjukkan dua hewan itu seraya berkata, "Putmaraga anakku, Iihatlah dua binatang kesayanganmu ini. keduanya tetap Ibu rawat selama engkau pergi ke Medangkamulan. Apakah engkau masih tidak percaya jika aku ini ibumu?"
"Tidak!" seru Putmaraga. "Engkau bukan ibuku! Engkau hanya perempuan tua yang mengaku-ngaku sebagai ibuku karena menginginkan harta kekayaanku! Kelasi, usir perempuan tua itu dari kapalku ini!"

Putmaraga sangat jengkel karena melihat ibunya tetap berusaha menjelaskan jika ia adalah ibu Putmaraga. Karena jengkelnya, Putmaraga lantas melempari ibunya dengan kayu-kayu. Salah satu lemparan itu telak mengena ibunya hingga ibunya jatuh terpelanting.
Ibu Putmaraga merasa putus asa. Sakit benar hatinya mendapati sikap anaknya yang durhaka terhadapnya itu. Ia pun kembali ke rumahnya seraya mengayuh sampan kecilnya. Air matanya terus bercucuran ketika meninggalkan kapal milik anaknya itu. Dengan hati remuk redam, ia pun berdoa kepada Tuhan, "Ya Tuhan, sadarkanlah kedurhakaan anak hamba itu."
Seketika setelah ibu Putmaraga berdoa, alam tiba-tiba menampakkan kemarahannya. Langit yang semula cerah berubah menjadi amat gelap. Awan hitam bergulung-gulung. Kilat berkerjapan laksana merobek-robek langit yang disusul dengan gelegar petir berulang-ulang. Angin topan mendadak datang, menciptakan gelombang yang menderu-deru dengan kekuatan dahsyatnya. Semua kemarahan alam itu seperti tertuju pada Putmaraga yang kebingungan serta ketakutan di dalam kapal besar lagi mewahnya.
Kapal Putmaraga seketika itu digulung gelombang air berkekuatan dahsyat.
Sadarlah Putmaraga akan kedurhakaan besarnya terhadap ibu kandungnya. Ia pun berteriakteriak meminta ampun kepada ibunya. Namun, semuanya telah terlambat bagi Putmaraga. Kedurhakaan besarnya kepada ibunya tidak berampun.
Kapal besar lagi mewah itu sirna ditelan ombak besar bergulung. Seketika alam telah kembali tenang, kapal besar lagi mewah milik Putmaraga itu mendadak menjadi batu.
Pesan moral dari Kumpulan Legenda Cerita Rakyat : Hikayat Putmaraga adalah kedurhakaan kepada orangtua, terutama ibu, akan berbuah kemurkaan Tuhan. Sekali-kali janganlah kita berani durhaka jika tidak ingin mendapatkan kemurkaan Tuhan.

Terdapat banyak lagi cerita-cerita dongeng orang Banjar ini dan disini terdapat juga cerita moden yang menggunakan bahasa Banjar seperti berikut:




KEPERCAYAAN MASYARKAT BANJAR

Perkara ini sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari   Tanah   Banjar   ke  Tanah   Melayu   yang   masih  asing   bagi   mereka.    Jadi   bagi memastikan   kebajikan   mereka   terjaga,   mereka   sentiasa   tinggal   dalam   satu kelompok.  Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan.  Mereka merasakan orang-orang selain dari suku   mereka   dianggap   “orang   luar”.    
 Keadaan   inilah   yang   telah   mempengaruhi perkembangan   keperibadian   dan   corak   pergaulan   mereka.    Menurut   beliau   lagi, arang   berlaku   perkahwinan   di   luar   suku   Banjar.     Justeru,   mereka   dapat mengekalkan ciri-ciri keperibadian yang tersendiri dalam masyarakat ini.   Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabot seperti karusi, meja dan almari.   Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja.

Satu hal yang agak mustahak juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan   gaji   dengan   kerajaan   kerana   mereka   lebih   suka   bekerja   sendiri   khasnya dalam bidang pertanian.  Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat   perkara-perkara   sampingan   khasnya   untuk   mendalami   ilmu-ilmu keagamaan.   
Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya.   Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan orang Banjar.
Disebabkan kebanyakan  masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman padi,   maka   terdapat   satu   budaya   yang   dinamakan   “berderau”   bagi   aktiviti penanaman   padi   ini.     Berderau   dalam   erti   kata   lain   adalah   menjalankan   aktiviti penanaman   padi   secara   berkumpulan.     Aktiviti   ini   diadakan   apabila   musim enanaman padi bermula.   Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang yang datang membantu untuk  menanam padi. Sebagai  contoh,  jika  tuan   pemilik tanah   sawah   padi   ingin   menanam   padi,   terdapat   10   orang   yang   datang   untuk membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut  harus membantu  pula 10 orang itu menanam  padi mereka.   Aktiviti  ini  menunjukkan satu   sikap  kerjasama yang baik antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain mempercepatkan proses menanam padi.
        Nilai   yang   diberi   ke   atas   seseorang   individu   dalam   masyarakat   ini   adalah berdasarkan   keahlian   dalam   ilmu-ilmu   agama   Islam.     Nilai-nilai   seperti   ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada   kepimpinan   yang   ahli   dalam   bidang   agama   Islam.     
Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca  Al-Quran   ,   mempelajari   hal   ehwal   syariat   Islam   dan   mendalami   ilmu agama yang lain.  Tambahan pula, kebanyakan orang banjar yang berhijrah ke tanah  Melayu   terdiri   daripada   mereka   yang   kuat   pegangan   agama   Islam   dan mengamalkan   cara   hidup   yang   sempurna.     Oleh   yang   demikian,  tidak   hairanlah bahawa masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan agama Islam dalam kehidupan mereka. 

KESIMPULAN
Secara natijahnya disini saya boleh simpulkan bahawa kaum Banjar di Malaysia ini perlu diketahui dan mewarisi segala warisan adat istiadanya. Hal ini sebenarnya mempunyai pelbagai lagi orang Banjarmasin ini akan tetapi ia semakin tidak di amalkan lagi terutamanya generasi masa sekarang ini. Hal ini kerana masyarakat Banjar Malaysia ini semakin mundur bak kata pepatah melayu berkat lapuk di telan zaman dan penggunaa bahasa Banjar ini juga jarang digunakan dalam kehidupan mereka hanya segelintir sahaja yang menggunakannya dalam golongan orang tua (di campurkan dengan bahasa Melayu). Dengan ini kenikkan budaya seperti ini perlu dijaga dan diketahui agar dapat diketahui pengetahuannya oleh generasi akan dating dan tidak ramai masyaraakaat yang menceritakan mengenai kaum Banjar ini.
Selain itu juga, uniknya kaum Banjar ini ialah walaupun mereka telah memasuki zaman yang moden mereka tetap mengamalkaan cara kehidupan dalam mencari rezeki melalui berkebun seperti menanam padi , jika dalam Malaysia kita boleh lihat dikawasan kerian ,Perak (tempat kampung saya) yang masih lagi menanam padi walaupun anak cucu mereka telah berjaya dalam kerjaya mereka dan memengang jawatan-jawatan yang tinggi dalam pekerjaan mereka.
Itu sahaja dari saya mengenai kaum Banjar di Malaysia ini. Terima Kasih kerana berkunjung ke blog saya ini dan semoga ilmu yang saya kongsikan kepada anda mendapat manfaat yang baik. Sebarang pertanyaan atau kemuskilan, anda bolehlah PM saya di facebook ( Fatyn Umyra ) kerana saya juga mempunyai kumpulan orang-orang Banjar di Malaysiaa ini.



17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ahhh...eya..tapi skrg kebanyakkan nya dah kawin campur so makin kurang la..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. saya nak bertanya kalau awk ade mengenali sesiapa berketurunan banjar area selangor sbb nak interview. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sy punya kawan ada berketurunan banjar.. Tp bkn d selangor. Di ampang..

      Delete
    2. Assalam kak Mazira Maulad Mahli

      Delete
  4. waalaikumsalam..saya ada darah banjar..arwah ayah banjar sg besar..mak saya melaka..hihi .tapi saye xreti cakap banjar..kalau pakcik² bersurah paham sikit

    ReplyDelete
  5. Saya sebenarnya buntu mencari susun galur keturunan. Cuba mencari cari. Kalau boleh saya kongsi datuk saya Othman bin Yunus, lahir di Kampong Keramat, Bagan Serai. Dalam surat beranak bapa saya Abu Bakar, datuk saya bekerja sebagai kerani kilang beras dan pekerjaan terakhir sebagai pemandu bermula di Mental Hospital, Tanjung Rambutan. Bersara di Mental hospital, Johor Bahru dan akhirnya di semadi di Makam Johor Bahru. Punya 2 Isteri, isteri pertama tinggal dua anak Yusof Dan bapa saya Abu Bakar. Isteri Kedua dengan 6 Anak.. Isteri kedua Orang Minang.

    ReplyDelete
  6. do u have any references???

    ReplyDelete
  7. Kulaann lehh.. Kadak bisa bersurahan banjar.. Sa uting2 ja nyambat lehh.. Saya keturunan banjar kedua ibubapa banjar.. Dri batu pahat yong Peng Johor.. Asal nenek moyang perak dn sumetra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Han bisak leh basurah.. Kulaan niring pang..

      Delete
    2. Papalak banar kauk leh . Kada bisa basurah .. mambari muar haha

      Delete
  8. Apa yg dicerita disini semua ny benar.. Dulu selalu mendengar cerita ini dari arwah nenek.. Malah kampung sy masih ramai lg keturunan banjar.. Sy dan keluarga masih lg mengunakan bahasa banjar.. Walaupon kami keturunan yg tah keberapa.. Tapi jgn lupa asal usul dan bahasa petuturan ibunda..

    ReplyDelete
  9. Saya mencari susur galur lebai teh moyang saya.. Tokwan saya anak dari isteri ke 3 kini tnggal di kedah hanya tokwan saya sahaja yang tahu cakap banjar kami semua tak pandai cakap banjar.

    ReplyDelete
  10. Ini salah satu kerajaan besar hak milik Nusantara Melayu, kerana dikatakan filipina itu ditadbir bangsa Nusantara Melayu iaitu sukuan banjar dan sukuan sulu...

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya Di Sabah pesisir pantai Sabah Ada suku Banjar sudah berasimilasi dgn suku lain.. Dari tawau lahad satu kinabatangan Sandakan nunuyqn libaran Kota marudu pitas Kota belud.

    ReplyDelete
  12. Moyang saya keturunan banjar keruak atau kalua (rasanya). Gusti Haji Sanusi dan isterinya Puteri Amnah. Semasa kecil tinggal di istana di Banjarmasin. Akibat dari peperangan dan pertelingkahan dalam kerabat maka mereka melarikan diri dari istana dan mendarat di Perak. Kemudian moyang saya membawa diri ke Batu Pahat Johor dan akhirnya berakhir di Singapura sbg peniaga intan permata.

    Saya masih ada beberapa koleksi barangan tembaga dari istana Banjarmasin dalam simpanan. Dan ada juga gambar moyang saya.

    Susur galur moyang saya boleh dijejaki melalui kulaan di Sri Medan Batu Pahat.

    Tapi saya pun tak pasti masih ada lagi kah pakcik tersebut kerana masa saya baca carta tu pun saya masih sekolah lagi.

    ReplyDelete